Suzuki iM-4 & iK-2 sudah bersedia ke Geneva Motor Show
Suzuki semakin bersedia menantikan detik 11.15 pagi (waktu tempatan) pada 3 Mac ini, iaitu esok, untuk menayangkan model konsep terbaharunya, iM-4 dan iK-2.
Dua hari sebelum ditayangkan, menerusi akaun Instagram SuzukiCars, foto kedua-dua model konsep ini disebarkan. Di mana model konsep iK-2 kelihatan lebih kurang sama saiz dengan Jimny dan lebih besar berbanding Swift. Malah Suzuki pernah mengatakan model konsep iK-2 ini “kenderaan kompak yang cukup ideal, dibangunkan dengan tema inovatif “Harmonized Force””. Berdasarkan foto ini, kelihatan ia dipadankan dengan gril radiator yang agak besar dan lampu utama yang sedikit melintang ke belakang.
Bagi iM-4 pula merupakan model konsep mini-SUV dan Suzuki mengatakan ia menampilkan “DNA kompak 4×4″ dan teknologi baharu serta dilihat memiliki “gaya yang tersendiri bagi memberikan inspirasi yang sebenar pada pemandu”. Ia kelihatan dipadankan dengan lampu hadapan LED dan mungkin akan menggantikan model Jimny.
Perician seterusnya…kenalah menantikan tayangannya di Geneva kelak!