Aston Martin bawa Lagonda Taraf untuk pasaran Eropah & Afrika Selatan
Aston Martin telah mengumumkan perancangan untuk menjual secara eksklusif model Lagonda Taraf di beberapa pasaran Eropah yang terpilih dan juga Afrika Selatan.
Digambarkan sebagai “Kereta paling laju yang terbaik, Aston Martin Lagonda Taraf ini bakal memasuki pasaran Timur Tengah pada hujung tahun lalu dan melihat akan perkembangannya yang memberangsangkan, jenama ini merancang untuk memperluaskan pasarannya ke benua Eropah, United Kingdom dan Afrika Selatan dengan model pemanduan-kiri dan kanan.
Buat setakat ini, hanya 200 unit sahaja yang akan diproduksi untuk dipasarkan ke negara-negara berkenaan.
Aston Martin Lagonda Taraf ini dijanakan oleh enjin 6.0 liter V12 yang mampu memberikan kuasa sehingga 550 Hp. Ia juga membolehkan Lagonda Taraf ini mencetus kelajuan maksimum sehingga 281 km/j.