Lotus Evora 400 miliki lebih terjahan kuasa
Lotus Evora 400 turut melakukan penampilan perdana di Geneva Motor Show ke-84 yang sedang rancak berlangsung.
Tidak mahu melepaskan pembikinan Evora ini dengan kuasa yang di luar jangkaan, Lotus memadankan enjin 3.5 liter V6 supercharged dengan ledakan 400 hp dan tork setinggi 410 Nm. Di mana Lotus menganggapnya sebagai model produksi dalam rangkaiannya yang paling berkuasa selepas melancarkan Evora GTE Limited Edition beberapa tahun yang lalu dengan kuasa 438 hp.
Evora 400 ini boleh dipacu daripada 0-100 km/j dalam hanya 4.2 saat sebelum dipecut dengan kelajuan maksimum sehingga 300 km/j. Kuasa enjin disalurkan ke roda menerusi kotak gear manual enam-kelajuan atau transmisi pilihan automatik enam-kelajuan. Lotus turut merombak semula chasis aluminium jentera ini dan berjaya menyingkirkan 22kg beratnya bagi membuatkan Evora 400 ini lebih ringan dan pantas.
Selain itu, penambah baikan yang telah diimplementasikan buat jentera ini termasuklah suspensi yang ditala semula, brek yang lebih besar dan limited slip differential yang dipadankan dengan kotak gear manual.
Bagi ruang kabinnya, ia dipadankan dengan roda stereng magnesium tiruan, tempat duduk dan konsol tengah baharu serta kluster instrumen yang telah dirombak semula.
Evora 400 ini akan tiba di pasaran Eropah terlebih dahulu pada Ogos ini sebelum ke Ameria Utara selewat-lewatnya awal tahun hadapan.