LG dengan kerjasama Italdesign Giugiaro tayang kereta konsep Gea di Geneva
Pengeluar barangan elektronik dan produk berteknologi tinggi, LG Electronics (LG), turut tidak ketinggalan memperkenalkan kereta konsep Gea di Geneva Motor Show. Ia adalah hasil kerjasama dengan studio rekaan automotif terkemuka, Italdesign Giugiaro, bagi mempersembahkan model konsep Gea ini.
LG telah membekalkan skrin paparan HD IPS bersaiz 12.3 inci, di mana ia merupakan peranti kawalan instrumen dan paparan bagi informasi yang diposisikan pada bahagian tengah papan pemuka dan sisi penumpang di belakang. Sebagai tambahan, LG turut menampilkan paparan HD Plastic OLED (P-OLED) bersaiz enam-inci pada bahagian konsol hadapan dan belakang.
Bukan itu sahaja, LG turut mengetengahkan teknologi Surface Illumination (SI) LED pada lampu belakang model konsep ini. Malah turut ditampilkan tiga kamera belakang bagi menggantikan cermin sisi konvensional.