Mazda MX-5 bakal tiba di Malaysia -Terima padanan enjin 2.0L & transmisi auto
Ini berita baik untuk anda yang mungkin tertanya-tanya, adakah jentera ini bakal dibawa masuk ke pasaran Malaysia? Jawapannya, ya!
Menurut sumber Bermaz, Mazda MX-5 yang diimport sepenuhnya dari Jepun, dijadual bakal tiba ke pasaran tempatan pada September atau Oktober ini.
Dikhabarkan, jentera roadster ini akan dilengkapi dengan enjin 2.0 liter SkyActiv-G, berbanding enjin 1.5 liter seperti mana model sebelumnya. Namun Bermaz masih enggan mendedahkan perician lebih lanjut termasuk kuasa dan tork yang mampu dihasilkan oleh enjin ini.
Tetapi jika dibandingkan dengan enjin 1.5 liter yang dipadankan untuk pasaran Eropah dan Jepun, ia mampu menghasilkan kuasa sehingga 129 hp pada 7,000 rpm dan 150 Nm pada 4,800 rpm.
Mengenai transmisinya pula, ia bakal dipadankan dengan kotak gear automatik.