Rolls-Royce Phantom jadi pilihan polis Abu Dhabi
Hebat sungguh jabatan polis di Abu Dhabi ini, asal ada duit, segala kemahuan pasti boleh dituruti. Terbaru, Rolls-Royce Phantom menjadi pilihan oleh polis Abu Dhabi ini untuk menjadi kenderaan rasmi pasukan beruniform di sana. Seakan tidak mahu kalah dengan jabatan polis Dubai, polis Abu Dhabi ini sebenarnya bukan hendak menjadikan Rolls-Royce Phantom sebagai jentera peronda, sebaliknya membeli kenderaan mewah ini semata-mata mahu ‘menunjuk-nunjuk’ sahaja.
Menurut sumber dari media tempatan iaitu khaleejtimes.com dan arabianbusiness.com, jika Rolls-Royce Phantom bagi kereta polis Dubai dicat dengan warna putih-hijau, kenderaan yang sama bagi polis Abu Dhabi pula memilih tona warna putih dengan burgundy red pula.
Nampak gayanya Abu Dhabi juga sedang mengikut berlumba-lumba untuk menyaingi jejak langkah Dubai yang sanggup berbelanja besar bagi mendapatkan barisan jentera yang serba mewah dan mantap dalam agensi kerajaan mereka. Umum mengetahui, Dubai telah memilih banyak supercar dan sportcar termasuk Bugatti Veyron, Aston Martin One-77, Mercedes-Benz SLS AMG, Ferrari FF, BMW M6 GranCoupe, Nissan GT-R, Audi R8 dan Lamborghini.
Kalau dah terlalu kaya, apa pun boleh kan!
Foto : arabianbusiness.com