BMW i8 jadi pilihan terbaharu polis Dubai
Selepas Roll-Royce Phantom, Bugatti Veyron, Lamborghini Aventador, Ferrari FF, Aston Martin, Bentley, Brabus G63 AMG, dan Chevy Camaro SS, serta McLaren MP4-12C baru-baru ini, pihak polis Dubai telah menambah satu lagi koleksi jentera mewah di dalam garaj kereta peronda mereka iaitu BMW i8.
Menurut laporan arabgt.com ini, memilih jentera sportcar dan supercar ini memang menjadi tabiat bagi polis Dubai. Bukan untuk dijadikan sebagai kereta peronda polis, sebaliknya lebih pada sikap suka menunjuk-nunjuk kemewahan.
Amboooooiii…mentang-mentanglah Dubai antara negara terkaya di dunia ini, setakat berbelanja mewah untuk berlagak memang antara hobi mereka.
Mengikut jejak langkah Dubai, baru-baru ini polis Abu Dhabi turut memilih jentera mewah sebagai kenderaan mereka dengan tujuan yang sama iaitu menunjuk-nunjuk. Terbaru, Roll-Royce Phantom menjadi pilihan Abu Dhabi sebagai salah satu cara untuk menyaingi kehebatan yang dipamerkan oleh rakan sejawat mereka di Dubai.