GST & impak terhadap industri automotif negara : Harga kereta turun, kekal atau naik?

By  |  1 Comment

GST-lead-bm

Pasti ramai yang tertanya-tanya, adakah harga kenderaan baharu akan berubah iaitu mungkin meningkat atau sebaliknya selepas pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bakal diimplementasikan mulai 1 Apri ini. Pelbagai spekulasi tersebar, rata-ratanya berpendapat harga kenderaan akan meningkat mungkin di antara 5 hingga 6%.

Jika ditanya kepada para pengeluar atau pengedar rasmi kenderaan di Malaysia, rata-ratanya sukar memberikan jawapan yang tepat. Ini membuatkan orang ramai masih dilanda tanda tanya dan ada yang mungkin dalam dilema, mahu membeli/menempah kenderaan baharu sebelum atau pun selepas GST dilaksanakan.

Untuk memberikan penjelasan yang lebih telus, team Infokereta.com dan Paultan.org telah menemubual Dato’ Subromaniam Tholasy, Pengarah GST, Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Pertemuan selama sejam yang berlangsung di ibu pejabat Kastam di Putrajaya ini banyak memberikan pencerahan yang lebih jelas mengenai isu harga kenderaan selepas GST diimplementasi kelak.

Menurut Dato’ Subro, asas bagi cukai jualan dan GST adalah berbeza. Bagi cukai jualan biasanya harga kilang eksais akan ditentukan dan ditambah dengan duti eksais cukai jualan. Manakala GST pula akan dikenakan sepanjang rantaian bekalan.

Ketika ditanya apakah impak GST terhadap harga baharu kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan yang diimport dari negara luar (CBU), Dato’ Subro mengatakan, pihak kerajaan menjangkakan harga bagi model CKD menurun antara satu hingga tiga peratus. Manakala harga bagi model CBU pula bergantung pada beberapa faktor tertentu termasuk pertukaran mata wang asing, model kenderaan berkenaan, kos duti eksais, gudang penyimpanan dan sebagainya.

car-sale-img

“Saya tidak melihat GST mampu membuatkan harga kenderaan baharu meningkat, tiada sebab untuk itu. Namun yang menjadi isu di sini ialah apabila ada pihak pengimport/pengeluar yang enggan menawarkan harga yang rendah berbanding harga sekarang. Masih ada pihak yang keliru berhubung dengan pembayaran balik cukai jualan yang telah dibayar sebelum 31 Mac”.

“Sebenarnya kita akan membayar semula jumlah cukai tersebut sebanyak 100% kepada pihak pengimport/pengeluar dengan syarat mereka harus menunjukkan dokumen rasmi sebagai bukti yang mereka telah membayar cukai jualan sebanyak 10% itu, stok masih berada pada tangan mereka dan juga kenderaan terbabit masih belum dipakai,” ujar Dato’ Subro.

Sambungnya lagi, “Tetapi apa yang terjadi dalam industri jualan kenderaan ini ialah kenderaan terbabit telah pun dijual kepada pengedar seterusnya. Jadi ia telah ‘bertukar tangan’ beberapa kali sebelum sampai ke pembeli. Dalam soal ini, bayaran cukai yang akan dikembalikan ialah hanya 20% daripada harga jualan.”

“Secara amnya, saya melihat harga bagi kenderaan baharu model CKD perlu ada penurunan. Ini adalah kerana harga material yang digunakan akan turun sedikit. Manakala untuk model CBU pula adalah neutral atau pun mungkin sedikit tinggi, bergantung pada faktor-faktor tertentu termasuk margin dan struktur perniagaan. Di mana, apa saja harga yang telah digazetkan atau diisytiharkan, cukai jualan telah pun dikenakan ke atasnya.”

“Sekali lagi saya menegaskan, harga kenderaan baharu terutamanya bagi model CKD mungkin terdapat penurunan kerana GST hanya memberikan impak pada harga jualannya sahaja,” ujar Dato’s Subro.

Mengenai kereta terpakai, Dato’ Subro memaklumkan ia bakal dikenakan GST namun dimasukkan ke dalam skim khas yang dipanggil Skim Margin bagi mengelakkan pembayaran cukai berganda. Sebagai contoh, pengedar kenderaan terpakai membeli sebuah kereta dari seorang individu dengan harga RM40,000. Kemudian menjualnya semula kepada individu lain dengan harga RM60,000. Maka, GST akan dikenakan daripada nilai RM20,000 itu. Sebelum ini, tiada cukai jualan dikenakan pada kenderaan terpakai.

Bagi kenderaan pra-pendaftaran juga boleh diklasifikasikan sebagai kereta terpakai dan ia juga termasuk dalam skim khas terbabit.

Tetapi jika penjualan kenderaan terpakai ini melibatkan antara orang perseorangan, tiada GST yang akan dikenakan.

Berkenaan dengan harga baharu alat ganti kenderaan pula, ia turut akan dikenakan GST daripada harga jualannya.

Tidak lengkap ceritera GST ini jika tidak disertakan pendapat oleh individu yang berpengaruh di dalam industri automotif ini. Lantas, kami menemubual secara eksklusif Datuk Aishah Ahmad, Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengenai impak GST terhadap industri ini.

Datuk Aishah mengatakan pendapat beliau bahawa harga baharu kereta bakal mengalami perubahan. “Ada sesetengah jenama yang akan menaikkan harga. Tidak semuanya yang turunkan harga. Ini juga bergantung pada margin dan kos syarikat kenderaan terbabit,” ujar beliau.

Menurut Datuk Aishah lagi, GST akan dikenakan berdasarkan harga atas jalan bagi kenderaan berkenaan (tidak termasuk cukai jalan), ini termasuklah yuran pemeriksaan dan aksesori. Malah insurans kenderaan juga bakal dikenakan GST. Secara tidak langsung, ini akan mendorong peningkatan harga berbanding sebelum ini.

The-New-Car-Lot

Turut berkongsi pendapat dengan Dato’ Subro mengenai harga jualan bagi model CBU, Datuk Aishah berkata, ia juga dipengaruhi oleh nilai pertukaran mata wang asing. Malah ia sangat memberikan impak yang lebih besar terhadap harga jualan kenderaan CBU berbanding dengan GST.

Menurut Datuk Aishah, antara turun atau pun meningkat, harga jualan model CBU bukanlah disumbangkan sepenuhnya dengan implementasi GST. Namun faktor lain yang banyak mempengaruhi harga jualannya. Di mana pertukaran mata wang juga boleh memberikan impak terhadap bayaran duti eksais, sekali gus mendorong peningkatan harga jualan kenderaan. Malah faktor ini juga adalah sama bagi jualan alat ganti kenderaan.

Di mana kebanyakan syarikat menggunakan US Dollar sebagai pertukaran mata wang asing, termasuklah pengeluar kenderaan Jepun. Ini termasuklah dengan antara rangkaian penjualan negara Asia. Jika kita lihat sekarang ini mata wang US Dollar sedang meningkat berbanding Ringgit Malaysia (terkini RM3.70 bersamaan USD$1), secara tidak langsung membuatkan harga jualan bagi produk meningkat antara 15% berbanding enam bulan sebelumnya. Faktor ini boleh membuatkan harga jualan bagi kenderaan CBU meningkat daripada sebelumnya.

Mengenai bayaran balik cukai jualan yang telah dibayar sebelum 31 Mac, Datuk Aishah menjelaskan, “Ya, memang boleh memohon semula bayaran balik tersebut, tetapi banyak prosedur yang bakal dilalui. Malah ia juga pasti melibatkan masa yang lama untuk menanti mendapatkannya semula.”

Namun apa yang turut menjadi kebimbangan oleh pihak MAA sendiri ialah implementasi GST ini dijangka bakal memberikan impak yang besar terhadap penjual kenderaan (car dealer).

“Sepanjang bulan Januari hingga Mac, pihak MAA telah menyarankan kepada pihak pengedar untuk tidak memaksa penjual kenderaan membeli stok kenderaan melainkan sudah ada pembeli. Ia bagi mengelakkan kerugian berlaku terhadap penjual kenderaan, jika membeli stok yang banyak dan dan berlakunya lambakan stok, bila menjelang pelaksanaan GST ini, ia akan turut memberikan impak besar dengan elemen yang tidak dijangka,” ujar Datuk Aishah.

Datuk Aishah turut mengesahkan, pihaknya telah menghantarkan kertas cadangan berkaitan isu ini kepada pihak kerajaan dan masih menantikan maklumbalas yang sewajarnya. Malah beliau turut mengharapkan implementasi GST ini bukan sekadar tidak membebankan pengguna, malah juga tidak menjejaskan perniagaan industri automotif sendiri.

Diharap kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ Subro dan Datuk Aishah ini dapat memberikan sedikit pencerahan mengenai impak GST terhadap industri automotif negara. Walau pun ada sesetengah kenyataan yang agak bercanggah terutamanya mengenai harga baharu kenderaan selepas GST, namun apa yang pasti pihak kerajaan telah ada keputusan mengenainya dan ia akan diwar-warkan kelak pada 1 April ini. Tunggu sajalah… Adakah GST bakal memberikan pengaruh yang besar terhadap harga kenderaan baharu iaitu sama ada bakal naik, turun atau pun kekal.

Mekanisime implementasi GST

1-01

Sebelum 1 April 2015, kesemua harga kenderaan turut dikenakan 10% cukai jualan. Di mana cukai ini adalah tertakluk pada Harga Jualan Yang Telah Ditetapkan Oleh Kerajaan. Cukai tersebut akan dibayar oleh pihak pengeluar/pengilang sebelum kenderaan tersebut dijual pada pihak pengedar. Kemudian pihak pengedar akan menjualnya kepada pihak penjual kenderaan tanpa dikenakan cukai, sebelum dibeli oleh pembeli.

3-01

Mulai 1 April ini, 10% cukai jualan akan dimansuhkan sama sekali dan digantikan dengan GST sebanyak 6%. Dalam makna yang lebih mudah untuk difahami, GST adalah cukai nilai-tambah bagi produk dan perkhidmatan. Ia diaplikasikan oleh setiap peringkat dalam transaksi perniagaan termasuk pengedaran, jualan dan akhirnya pengguna yang akan membayar 6% bagi GST tersebut yang dinilai dari harga jualan (retail price).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

redmiqq bandarpkv bagiqq viralqq lonteqq serverpkv abangqq 788bola ligadunia365 resmibet 66mega https://788bola.com/ https://resmibet.com/ https://ligadunia365.com/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/pokerqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/css/dist/patterns/parlay/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/getwin/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/pkvgames/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/bandarqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/qiuqiu/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/bandarqq/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/pkvgames/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/dominoqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/pkvgames/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/pkvgames/ https://www.naturecure.org.in/naturecure/pkv/ https://www.ahcfacilities.com/sport/parlay/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/bandarqq/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/pkvgames/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/dominoqq/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/pokerqq/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/pkvgames/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/dominoqq/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/bandarqq/ --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- https://dbqpbvms.org/docs/parlay/ https://dbqpbvms.org/mixparlay/ https://dbqpbvms.org/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/public/domino99/ https://dbqpbvms.org/htdocs/bet88/ https://www.dentalworldindia.com/web/bandarqq/ https://www.dentalworldindia.com/ind/99/ https://www.dentalworldindia.com/oral-care/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/.docs/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/wp-includes/js/parlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/bandarqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/uploads/2024/07/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/mixparlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/77rabbit/ https://suarausu.or.id/wp-content/tutor/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/slot77/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/mt777/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/rp777/ https://suarausu.or.id/wp-content/fc/parlay/ https://suarausu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/bandarqq/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/dominoqq/ https://www.ahcfacilities.com/docs/pkvgames/ https://wpsotp.schooloftomorrow.ph/sch-ph/qq/ https://neerajbhagat.com/bandarqq/ https://neerajbhagat.com/dominoqq/ https://neerajbhagat.com/pkvgames/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/docs/qiuqiu/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/pkv-games/ https://erasmus.swu.bg/wp-includes/edu/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/docs/dominoqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/htdocs/bandarqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/77rabbit/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/pkv/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/qq/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/edu/bet88/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/bandarqq/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/dominoqq/ https://future-of-real-estate.de/wp-includes/pkvgames/ https://teachmorepro.lk/wp-includes/parlay/