Lotus Elise 20th Anniversary Special Edition diperkenalkan
Sempena dengan ulang tahun yang ke-20 kelahiran Elise, Lotus telah memperkenalkan model edisi istimewa dengan beberapa elemen yang diberi penambah baikan.
Mengimbas kembali sejarahnya, Elise diperkenalkan pada September 1995 di Frankfurt Motor Show, dua dekad kemudian Lotus mengambil keputusan untuk memperkenalkan model edisi istimewa ini bagi menggantikkan Elise S Club Racer.
Dengan hanya seberat 914 kg, ia 10 kg lebih ringan berbanding Elise S dan dijanakan oleh enjin 1.8 liter supercharged yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 217 hp pada 6,800 rpm dan tork 250 Nm pada 4,600 rpm.
Elise 20th Anniversary Special Edition ini juga boleh dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 4.6 saat, manakala kelajuan maksimum yang boleh tercatat pula ialah 237 km/j.
Menawarkan empat pilihan warna iaitu biru, hijau, kuning dan perak untuk kerangka, ia juga digabungkan dengan warna hitam untuk peresap belakang, wing mirrors, roll hoop dan tetingkap pada bahagian belakang. Rim aloi juga berwarna hitam menambahkan imej yang lebih sporty.
Dijual pada harga bermula £39,900 (RM221,400), Lotus turut menawarkan kit tambahan bernilai £5,150 (RM28,531) dan model edisi istimewa ini telah pun berada di pasaran Eropah.