Infiniti QX50 2016 bakal dilengkapi gaya baharu
Infiniti turut mengumumkan perancangannya untuk memperkenalkan model QX50 2016 di New York Auto Show April ini.
Buat setakat ini, Infiniti masih enggan mendedahkan lagi foto dan periciannya. Namun mereka berkata, model ini tampil dengan bampar yang telah dimodifikasi, skirt sisi yang diberi penambah baikan serta “kedudukan pengendalian yang tinggi sedikit”.
Malah model crossover ini juga tampil dengan gaya baharu bagi rimnya dan jarak roda juga telah dipertingkatkan tiga inci lebih panjang berbanding model sedia ada.
Selain model QX50, Infiniti juga akan memperkenalkan model konsep QX30 di pentas pameran automotif yang sama. Ia merupakan previu bagi model yang bakal diproduksi kelak dan dijangka mula berada di pasaran pada awal tahun hadapan.