Mercedes umum pembikinan trak pikap pertama menjelang 2020
Mercedes-Benz telah mengumumkan secara rasmi bajal melancarkan model pertama trak pikap pada menjelang tahun 2020.
Jenama terkenal dari Jerman ini berkata, segmen pikap bersaiz sederhana ini sedang berkembang di seluruh dunia dan ini pastinya memiliki peluang yang sangat cerah di pasaran antarabangsa. Malah Mercedes-Benz mahu menjadi “pengeluar premium pertama yang untuk bertindak balas di dalam perubahan pasaran ini” dengan memproduksi model pikap sendiri.
Dengan mensasarkan pasaran di Amerika Latin, Afrika Selatan, Australia dan Eropah, tanggungjawab untuk menghasilkan model pikap ini bakal digalas oleh Mercedes-Benz Vans.
Menurut Ketua Jabatan Mercedes-Benz Vans, Volker Mornhingweg, “Sasaran pelanggan bagi kenderaan ini adalah mereka yang mencari pengangkutan yang memiliki tahap utiliti yang tinggi dan dalam masa yang sama turut ditampilkan dengan elemen keselamatan, keselesaan dan memiliki rekaan umpama kenderaan penumpang Mercedes-Benz.”