Harga bahan api kekal untuk April ini & RON97 mula dikenakan GST 6%
By 0 Comments
|
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), telah mengumumkan tiada sebarang perubahan harga bagi bahan api untuk bulan April 2015 ini. Di mana harganya sama seperti bulan Mac iaitu RON95 dan diesel menjadi RM1.95 seliter, manakala RON97 pula RM2.25 seliter.
Walau bagaimana pun, seperti mana yang sedia maklum, bahan api RON97 turut akan dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) iaitu sebanyak 6 peratus.