GST : Peugeot tiada perubahan harga
By 0 Comments
|
Peugeot turut mengedarkan senarai harga baharu bagi kesemua modelnya yang merupakan model Import Sepenuhnya (CBU). Ternyata tiada perubahan harga buat setakat ini. Di mana harga yang dipaparkan menerusi ruangan galeri tersebut adalah harga atas jalan sebelum/selepas GST termasuk insurans.
Minggu hadapan Peugeot akan melancarkan model 308 serba baharu dan turut mengesahkan bakal membawa masuk model facelift bagi 508 dan 408 ke pasaran Malaysia pada tahun ini juga. Manakala model 208 facelift pula direncana memasuki pasaran Malaysia pada tahun hadapan.