GST : Volvo turut menurunkan harga bagi beberapa model terpilih
By 0 Comments
|
Volvo Car Malaysia turut mengumumkan harga atas jalan dengan GST bagi lapan modelnya untuk pasaran Malaysia. Sementara harga lima lagi modelnya tiada perubahan.
Tiada perubahan harga bagi model XC90 T5 Executive, XC60 T6, S60 T4 dan T5 serta V40 Cross Country T5. Namun model V40 T4 kini lebih murah iaitu sebanyak RM1,000. Manakala harga bagi V40 T5 juga telah diturunkan sebanyak RM2,000. Manakala XC60 T5 menerima penurunan harga paling besar iaitu RM2,88,888 setelah diturunkan sebanyak RM3,000.