Toyota RAV4 Hybrid bakal miliki kuasa yang lebih mengagumkan
Selain mempertontonkan model RAV4 2016 di New York Auto Show, Toyota turut memperkenalkan RAV4 Hybrid 2016 di pentas yang sama.
Diproduksi menggunakan platform yang sama dengan RAV4 2016, RAV4 Hybrid ini menampilkan enjin 2.5 liter empat-silinder, transmisi eCVT dan Sistem Electronic On-Demand All-Wheel-Drive di mana motor elektrik belakang akan memacukan tork pada roda belakang untuk mendapatkan daya tarikan yang lebih padu.
Walau bagaimana pun, Toyota masih belum bersedia mendedahkan spesifikasi prestasinya namun mengesahkan model ini mempunyai ‘lebih kuasa kuda dan pacuan yang lebih baik’ berbanding RAV4 standard.
Malah Toyota turut mengesahkan RAV4 Hybrid akan dipadankan dengan rim aloi bersaiz 17-inci dan turut ditawarkan dengan varian XLE dan Limited.
Ia bakal dipasarkan bermula musim luruh tahun ini.