Citroen bakal dedah model konsep Aircross pada 8 Apr ini
By 0 Comments
|
Citroen telah pun menyebarkan satu foto teaser yang dikatakan sebagai model konsep Aircross. Menurut Citroen, ia akan didedahkan sepenuhnya pada 8 April ini.
Menerusi foto tinggal ini, bahagian hadapan Aircross seperti dipengaruhi oleh model C4 Cacrys, dengan kehadiran lampu nyalaan siang LED yang nipis terletak pada bahagian atas lampu utama yang besar.
Malah kemungkinan besar model konsep ini akan dilengkapi kamera pada keempat-empat bahagian tayarnya bagi merakamkan apa saja yang berlaku berhampiran dengan kenderaan, dengan rakaman 360 darjah yang boleh dipaparkan di skrin di dalam kabin.
Jadi untuk mengetahui perincian selanjutnya mengenai model konsep ini, kenalah nantikan detik 8 April ini.