Caj VEP RM20 mulai 1 Ogos ini
Pelaksanaan caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) sebanyak RM20 bagi setiap kenderaan asing yang masuk ke Malaysia dari Singapura, dijangka bermula 1 Ogos ini, laporan Bernama.
Menurut Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi, kerajaan kini dalam proses perolehan dan pemasangan alat di Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura.
“Ini kali pertama Malaysia akan melaksanakan sistem caj ini dan sudah pasti ia akan mengambil masa dari aspek perolehan dan pemasangan alat.
Abdul Aziz turut berkata, kadar caj pula akan kekal pada RM20 seperti yang pernah dicadangkan sebelum ini kerana jumlah itu dianggap relevan. Di mana caj yang sama akan dikenakan ke atas kenderaan asing dari pintu masuk lain seperti Thailand, jika VEP dilaksanakan di situ sebagai usaha penyelarasan.
Sumber foto : http://en.m.wikipedia.org/wiki/File:Linkedua-Expressway.JPG