GST : Infiniti umum penurunan harga antara 0.15% hingga 2.11%
By 0 Comments
|
Masih belum terlambat lagi bagi pengeluar jenama kenderaan mewah, Infiniti, mengumumkan harga baharu bagi barisan modelnya di pasaran Malaysia.
Di mana Infiniti telah menurunkan antara 0.15% hingga 2.11% bagi modelnya. Antaranya, menyaksikan model Q50S Hybrid diturunkan harga paling banyak iaitu RM8,425.04 menjadi RM390,374.96. Diikuti model Q60 3.7 dengan harga baharunya RM415,000 iaitu penurunan sebanyak RM3,861.41.