Mean Metal Motors M-Zero supercar pertama India?
Mean Metal Motors, syarikat yang beroperasi di India dan dimiliki oleh warganya, telah menyebarkan lakaran imej berkomputer dan video model pertama supercar yang diberi nama M-Zero.
Buat setakat ini, terdapat dalam dua konsep dan Mean Metal Motors berkata ia mungkin bakal diproduksi di ‘negara Scandinavian’, menurut sumber Carscoops.
Bercakap mengenai supercar pertama India, jentera ini akan dipadankan dengan penjana kuasa hibrid dengan hamburan kuasa sehingga 800 hp, mungkin mengggabungkan enjin 4.0 liter biturbo V8 dan motor elektrik. M-Zero boleh dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya kurang 3.0 saat serta mampu mencapai kelajuan maksimum sehingga 320 km/j.
Jentera ini juga akan menampilkan senibina enjin-pertengahan bagi memastikan ia memiliki “kestabilan yang semulajadi, dan mampu membawa ke tahap yang lebih tinggi bagi prestasi serta pengendaliannya”, termasuk penggunaan struktur badan gentian karbon monocoque dengan kadar berat yang rendah.