GST : Isuzu umum harga baharu
By 0 Comments
|
Isuzu turut mengumumkan harga baharu bagi barisan modelnya di Malaysia sempena dengan pelaksanaan GST ini. Ia melibatkan varian D-Max 2.5L, D-Max V-Cross, D-Max DIABLO dan D-Max 2.5L Single Cab.
Menyaksikan penurunan harga dengan kadar yang tidak banyak, antara 12 model D-Max yang berada di pasaran Malaysia, varian D-Max 2.5L 4×2 MT Hi-Ride sahaja yang mengalami penurunan harga paling besar iaitu RM1,987 dan kini ia berharga RM77,912.04. Kesemua harga yang disenaraikan ini adalah termasuk insurans.