Ford tawar promosi jualan istimewa bagi Focus, Fiesta & EcoSport sehingga 30 Apr
Sime Darby Auto Connexion (SDAC) telah mengumumkan promosi istimewa ke atas pembelian mana-mana varian Focus, Fiesta 1.5L dan EcoSport Trend sehingga 30 April depan di semua pengedar Ford di seluruh negara.
Pelanggan yang membeli mana-mana model Ford Focus akan menerima rebat tunai berjumlah RM10,000. Bagi mereka yang memilih model Fiesta 1.5L dan EcoSport Trend pula, rebat tunai yang ditawarkan adalah sebanyak RM8,000.
Semua varian Focus, Fiesta dan EcoSport hadir bersama Pelan Servis Lanjutan (ESP) Ford demi memberi ketenangan minda kepada para pelanggannya. Ford ESP adalah program penyelenggaraan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 60,000km yang merangkumi penukaran alat ganti dan kos buruh secara percuma.
Focus yang padat dengan teknologi, ditawarkan dalam varian Titanium+ dan Sport+, ciri Active Park Assist Ford membantu pemandu memarkir Focus di kawasan parkir selari dalam tempoh beberapa saat dengan hanya perlu menekan satu butang. Teknologi-teknologi lain seperti Active City Stop dan Blind Spot Information System pula pastinya memudahkan lagi pengendalian.
Manakala Fiesta yang bergaya dan pintar tampil dengan rekaan dalaman serta luaran yang berani. Ia turut dipasang dengan pelbagai ciri-ciri yang memberi kemudahan seperti Smart Keyless Entry, Bantuan Mula Mendaki dan sebagainya.
EcoSport yang versatil pula menawarkan tahap penjimatan bahan api mengagumkan, mudah dikendali dan dilengkapi pelbagai ciri pintar, EcoSport yang dipasang dengan sistem stereng bantuan kuasa (EPAS) merupakan sebuah kenderaan sempurna untuk dipandu di jalan-jalan bandar yang sempit. SUV urban kompak ini tiada masalah untuk mengharung air banjir.
Ia juga dilengkapi dengan ciri keselamatan dan sistem bantuan pemandu seperti sistem Electronic Stable Control (ESC) dengan Traction Control System (TCS) memastikan pemandu dapat mengawal kenderaan sepanjang masa, terutama di atas jalan yang licin.