NAP 2014 : Sistem Permit Import (AP) Terbuka masih dalam kajian
Dasar Automotif Nasional (NAP 2014) hari ini tidak menyentuh secara terperinci mengenai sistem Permit Import (AP) Terbuka yang sebelum ini banyak dikecapi oleh segelintir kumpulan kecil pemegangnya di Malaysia.
Sebaliknya, apa yang diumumkan ialah pihak Kerajaan bakal melantik sebuah organisasi untuk melakukan kajian yang mendalam terhadap impak penamatan sistem AP Terbuka ini bagi penyertaan Bumiputera di dalam industri automotif tempatan. Pelantikan ini akan diketahui selepas cuti perayaan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.
Perkembangan terkini mengenai sistem AP terbuka adalah ia akan tidak disambungkan selepas 31 Disember 2015. Walau bagaimana pun, status mengenainya hanya akan diumumkan selepas tamat kajian yang dilakukan itu.
Sama ada ia benar-benar bakal ditamatkan atau pun disambung, kenalah tunggu pengumuman selanjutnya daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI).