Lakaran paten generasi akan datang Honda Civic sedan & coupe bocor!
Menerusi sumber forum civicx.com, beberapa lakaran paten bagi generasi akan datang Honda Civic sedan dan coupe telah disebarkan di laman web.
Pada awal April lalu, Honda turut membuat kejutan dengan memperkenalkan model konsep Civic Coupe di New York Auto Show 2015. Ia dijadualkan bakal memasuki pasaran USA pada musim luruh ini.
Menerusi lakaran ini, model produksi seakan tidak menampilkan imej yang lebih agresif jika hendak dibandingkan dengan model konsep. Namun terdapat beberapa persamaan dan ia mungkin berpotensi sebagai versi Type R.
Bagi model produksi ini, tiada sayap belakang ditampilkan, mungkin ia lebih ke arah varian Si. Namun bagi model coupe pula, lampu belakang yang bersambungan nampak agak menyerlah. Bagi model sedan pula, garisan bumbung yang lebih landai dengan rekaan yang lebih anggun dengan lampu belakang berbentuk boomerang agak menyerlah.
Tidak banyak info yang diceritakan, namun dikhabarkan Honda akan mendedahkannya lebih lanjut dalam beberapa bulan yang akan datang. Bagi model generasi baharu ini, kemungkinan besar ia akan dilengkapi dengan elemen keselamatan dan sistem bantuan termasuk Amaran Pelanggaran Hadapan, Amaran Penukaran Laluan, Kawalan Kelajuan Adaptif, dan juga kamera pelbagai-sudut.
Model konsep Honda Civic