Volvo XC60 T5 miliki rahsia tersembunyi

By  |  0 Comments

XC60_T5_Ext_04

Hampir setahun ia dilancarkan iaitu pada tanggal Jun yang lalu, baru kini Infokereta.com ada peluang untuk memandu ujinya.

Menurut beberapa rakan media yang telah memandu ujinya, Volvo XC60 T5 ini seakan memiliki rahsia yang tersembunyi. Lantas, ingin mengetahui apakah rahsia yang diperkatakan itu, penulis memacu jentera SUV mewah ini merentasi pelbagai corak jalan pergi-balik dari Subang ke Lumut, Perak hujung minggu lalu.

Tidak dinafikan semasa hari pertama mengambil unit pandu uji ini, penulis hanya memandu di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dan Putrajaya sahaja. Namun ia masih belum merungkai rahsia sebenar yang tersembunyi itu.

XC60_T5_Ext_34

Hari kedua, XC60 T5 ini dilenjan hingga ke Lumut, Perak melalui Lebuhraya LATAR menuju Kuala Selangor, seterusnya memasuki Sekinchan, Sabak Bernam, Tanjung Karang, Teluk Intan dan Lumut.

XC60 T5 dipacukan oleh enjin 2.5 liter empat-silinder Drive-E yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 245 hp pada 5,500 rpm dan tork puncak 350 Nm pada 1,500 hingga 4,800 rpm.

Ia juga merupakan model yang pertama memiliki enjin yang begitu dinanti-nantikan, Drive-E Powertrain iaitu platform enjin modular yang akan memperlengkap model-model Volvo akan datang yang dibina atas platform Seni Bina Produk Boleh Skala (Scalable Product Architecture – SPA).

XC60_T5_Ext_44

Lonjakan kuasanya turut dibantu oleh transmisi automatik lapan-kelajuan dengan Geartronic & Shift Lock.

Ketika melalui lebuh raya, prestasi XC60 T5 memang tidak mengecewakan. Anjakan dari satu gear ke gear agak lancar, walau pun pada permulaan gear pertama ke gear kedua sedikit ‘terasa’ sebelum ia bertindak balas dengan lebih responsif.

Bila sengaja memilih mod manual, pacuannya mampu membentuk kuasa yang lebih agresif, sehingga sering mencabar adrenalin memberikan lebih tekanan pada pedal pendikit. Apatah lagi ketika melalui kawasan jalan utama Kuala Selangor menuju ke Lumut. Walau pun ia jalan besar, namun ketika melalui kawasan bandar kecil, mahu pun pekan dan kampung, kawalan mod manual lebih menyeronokkan apatah lagi ‘bermain-main’ dengan pedal penukar gear yang terletak di belakang stereng.

Tatkala ini, kudrat enjin lebih jelas dicabar kerana pacuan jentera ini sekejap laju, sekejap sederhana dan kadangkala perlahan membuatkan penggunaan pedal pendikit dan brek sentiasa perlu seirama. Maka, penulis mula memahami maksud ‘rahsia-tersembunyi’ yang diperkatakan. Ternyata XC60 T5 ini cukup sporty dan begitu memahami rentak pemanduan.

XC60_T5_Ext_31

XC60 T5 ini mampu dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 7.2 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum sehingga 210 km/j. Bagi penulis, enjinnya mudah mencapai kelajuan yang tinggi tanpa memerlukan kerahan tenaga yang mendadak mahu pun melampau.

Melalui jalan Kuala Selangor hingga ke Lumut, boleh dikatakan pacuan ‘disajikan’ dengan permukaan yang kurang rata dan bentuk jalan yang beralun. Namun XC60 T5 dirasai tegar di dalam memberikan kestabilan yang lebih mantap. Jentera dipacu dalam kelajuan yang kurang senada atas faktor keadaan jalan, tidak memberikan kesan bumpy, sebaliknya kekal selesa. Malah kesan olengannya juga minimal.

Penulis sering mengajukan soalan buat penumpang terutamanya yang berada di tempat duduk belakang. Katanya, kesan bumpy yang dirasai agak minimal walau pun tika merentasi permukaan jalan yang seakan beralun atau pun membelah selekoh-selekoh. Mujur, bimbang juga takut-takut ada yang ‘mabuk’ dalam kenderaan.

Ternyata padanan sistem suspensi topang MacPherson di hadapan dan Multi-Link untuk belakang banyak membantu kemantapan SUV ini.

Satu lagi kelebihan bagi XC60 T5 ini ialah ia terasa lebih ‘berat’ sewaktu merentasi selekoh dengan kelajuan yang agak tinggi. Untuk keselamatan, ia memang patut sebegitu. Mujur juga XC60 T5 sarat dengan elemen keselamatan aktif dan pasif termasuk Kestabilan Dinamik dan Kawalan Cengkaman (DSTC) dengan Kawalan Kestabilan Lanjutan, Kawalan Cengkaman Di selekoh oleh Penvektoran Tork.

Bukan itu sahaja, elemen keselamatan aktif yang turut diterapkan bagi SUV ini termasuklah Kawalan Kelajuan, Pemantauan Titik Buta (BLIS) dengan Kepekaan Lintasan Trafik (CTA), Kawalan Kestabilan Olengan, selain elemen standard seperti ABS, EBD, Bantuan Brek Hidraulik, dan banyak lagi.

Jika memandu di kawasan sesak terutamanya di bandar, Volvo turut menerapkan elemen City Safety di mana teknologi ini direka bagi mengelakkan pelanggaran hadapan-belakang pada kelajuan sehingga 50 km/j. Di mana sistem IntelliSade akan bertindak membrek secara automatik sekiranya ia dapat mengesan kemungkinan ada potensi pelanggaran terutamanya dengan kenderaan di hadapan.

Bagi aspek keselamatan pasif pula, XC60 T5 ini turut ditampilkan dengan enam beg udara, Whiplash Protection System, Roll Over Protection System, tali pinggang keselamatan pra-regangan, ISOFIX dan juga kusyen yang boleh dilaraskan ketinggian untuk tempat duduk belakang yang amat sesuai untuk kanak-kanak.

Berhubung dengan penggunaan bahan apinya, walau pun dipadankan dengan enjin yang menawarkan kuasa lebih besar, namun SUV ini mampu mencatatkan sekitar 6.7 liter bagi setiap 100 km/j.

Bagi model facelift ini, ternyata gaya mewah, elegan dan sporty dibancuh menjadi satu. Suntikan yang lebih segar menyerapi segenap ruang sekeliling badan SUV ini.

Dengan bentuk hud baru dan gril bar krom, yang menyerlahkan ukuran lebar kereta, bersama-sama garis-garis datar yang ketara, secara visualnya menghubungkan kereta dengan jalan. Paip ekzos pula disepadukan dengan peresap dan bertindak sebagai visual link kepada enjin baru.

XC60_T5_Ext_22

Rim aloi Valder bersaiz 17-inci yang dibaluti tayar 235/65R 17 memantapkan lagi imejnya, malah rel bumbung dan kekemasan luaran yang lebih solid cukup terserlah.

Menjengah bahagian kabinnya, sentuhan mewah dan elegan merajai segenap ruang. Sentuhan halus juga telah dilakukan pada ruang dalaman.

Balutan kulit upholstery menjadi pilihan bagi tempat duduknya, sekali gus menghadiahkan lebih keselesaan, di samping lambang kemewahan. Tempat dudik pemandu dan penumpang hadapan boleh dilaras secara elektronik dan mempunyai ketetapan memori.

XC60_T5_Int_27

Roda stereng juga dibaluti kulit dengan bertahtakan logam sutera. Manakala tombol gear juga dibaluti kulit memberikan keselesaan sewaktu mengendalikannya. Pakej pencahayaan ala teater menjadi pilihan memberikan ambien yang lebih menyenangkan.

Antara elemen dalaman lain yang turut diserapkan pada XC60 T5 ini termasuklah cermin pandang belakang anti-silau, kawalan suhu elektronik, corong penghawa dingin bagi tempat duduk barisan kedua, perehat tangan dengan pemegang cawan untuk tempat duduk belakang dan brek parkir berkuasa.

Bagi ruang dalamannya, ia boleh dikatakan memiliki keluasan yang optima termasuk ruang kepala dan ruang kaki pada tempat duduk belakang. XC60 T5 ini berukuran 4644mm panjang, 1891mm lebar, 1731mm tinggi dan jarak roda 2774mm, sekali gus mampu memberikan ruang yang berpadanan. Malah ruang storannya mampu memuatkan barangan sejumlah 495 liter tanpa melipatkan tempat duduk belakang.

Secara konklusi, untuk anda si penggemar jentera SUV sederhana mewah, XC60 T5 ini memang pilihan tepat. Dengan harga yang ditawarkan iaitu RM288,888, ia turut didatangkan dengan lima tahun waranti, lima tahun servis percuma dan lima tahun Volvo On Call.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

redmiqq bandarpkv bagiqq viralqq lonteqq serverpkv abangqq 788bola ligadunia365 resmibet 66mega https://788bola.com/ https://resmibet.com/ https://ligadunia365.com/ pokerqq dominoqq parlay pkvgames bandarqq dominoqq pkvgames bandarqq dominoqq qiuqiu bandarqq pkvgames dominoqq pkvgames bandarqq dominoqq bandarqq pkvgames pkv parlay bandarqq pkvgames dominoqq pokerqq pkvgames dominoqq bandarqq parlay bandarqq pkvgames --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- https://dbqpbvms.org/docs/parlay/ https://dbqpbvms.org/mixparlay/ https://dbqpbvms.org/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/public/domino99/ https://dbqpbvms.org/htdocs/bet88/ https://dbqpbvms.org/pkv-games/ https://www.dentalworldindia.com/web/bandarqq/ https://www.dentalworldindia.com/ind/99/ https://www.dentalworldindia.com/oral-care/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/.docs/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/wp-includes/js/parlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/bandarqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/uploads/2024/07/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/mixparlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/77rabbit/ https://suarausu.or.id/wp-content/tutor/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/slot77/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/mt777/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/rp777/ https://suarausu.or.id/wp-content/fc/parlay/ https://suarausu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/bandarqq/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/dominoqq/ https://www.ahcfacilities.com/docs/pkvgames/ https://wpsotp.schooloftomorrow.ph/sch-ph/qq/ https://neerajbhagat.com/bandarqq/ https://neerajbhagat.com/dominoqq/ https://neerajbhagat.com/pkvgames/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/docs/qiuqiu/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/pkv-games/ https://erasmus.swu.bg/wp-includes/edu/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/docs/dominoqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/htdocs/bandarqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/77rabbit/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/pkv/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/qq/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/edu/bet88/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/bd-pkv/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/bandarqq/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/dominoqq/ https://future-of-real-estate.de/wp-includes/pkvgames/ https://teachmorepro.lk/wp-includes/parlay/ https://drfreezones.com/wp-content/login/bandarqq/ http://ddqinvest.projectstatus.in/wp-includes/invest/parlay/ https://quranacademy.us.com/wp-includes/material/parlay/ https://golearn.com.my/wp-includes/bd-pkv/ https://golearn.com.my/wp-includes/register/dominoqq/ https://golearn.com.my/wp-includes/tutor/parlay/