Caltex umum pemenang bagi promosi ‘Caltex JOURNEY Card Swipe & Drive’
Caltex telah mengumumkan pemenang bagi kempen promosi ‘Caltex JOURNEY Card Swipe and Drive’ yang dianjurkan oleh Chevron Malaysia Limited dan BLoyalty Sdn. Bhd. (BCARD).
Promosi yang berlangsung selama tiga bulan iaitu dari November 2014 hingga Februari 2015, telah dilanjutkan berikutan sambutan yang diterima daripada pelanggan Caltex sungguh menggalakkan.
“Caltex sangat terharu dengan sambutan yang diberikan sepanjang program ini berlangsung. Justeru, kami ingin memberikan penghargaan dan menambahkan nilai yang lebih berbaloi buat pelanggan kami yang mengunjungi mana-mana stesen Caltex. Program ini merupakan salah satu manifestasi terhadap komitmen ini,” ujar Pengerusi Chevron Malaysia, Shahid Ahmed.
Pelbagai hadiah telah ditawarkan sepanjang promosi ini berlangsung. Dalam tempoh dari 15 Januari hingga 14 Februari sahaja, seramai 111 pemenang telah diumumkan termasuk Mohd Hasif Idris, yang memenangi Mazda 3 SkyActiv. Selain itu, hadiah lain yang turut ditawarkan kepada para pemenang lain termasuklah telefon pintar HTC One E8 dan juga Caltex Star Cash bernilai RM200.
Manakala promosi bagi tempoh 15 Februari hingga 14 Mac pula, seramai 112 pemenang diumumkan dan yang paling bertuah ialah Ng Kok Wei yang berjaya membawa pulang Mazda CX-5.
Promosi ini membolehkan pemegang kad Caltex JOURNEY atau BCARD untuk berbelanja sekurang-kurangnya RM40 bagi petrol di mana-mana stesen Caltex yang mengambil bahagian dan berpeluang memenangi hadiah hebat yang ditawarkan.