Lencongan trafik di Lebuhraya NKVE mulai 27 hingga 29 Apr ini
Menurut Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS), mulai 27 hingga 29 April ini, satu lencongan trafik akan dilaksanakan iaitu ia melibatkan kenderaan dari laluan Shah Alam, Damansara dan Petaling Jaya di Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE) ke arah Jalan Duta Toll Plaza.
Lencongan berkenaan bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan rasuk bagi projek melebarkan lebuh raya di persimpangan Bukit Lanjan.
Di mana bagi pengguna lebuh raya NKVE dari Shah Alam, Damansara dan Petaling Jaya menuju ke arah Plaza Tol Jalan Duta Tol diminta untuk meneruskan perjalanan ke arah Sungai Buloh sebelum membuat pusingan ‘U’ berhampiran Restoran Jejantas Sungai Buloh di KM458.5.
Plus menjangkakan terdapat gangguan lalu lintas di laluan terlibat sepanjang pembinaan itu dan akan mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan kelancaran trafik.