Peraturan cermin gelap dilaksanakan mulai 1 Mei ini – JPJ
Setelah hampir setahun tiada keputusan yang dimuktamadkan mengenai pelaksanaan peraturan cermin gelap, semalam Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Ismail Ahmad telah mengesahkan ia bakal diimplementasikan mulai 1 Mei ini.
Beliau berkata pemilik kereta termasuk kereta import diingatkan agar mengambil perhatian terhadap penguatkuasaan peraturan cermin gelap yang baharu bermula 1 Mei depan bagi mengelak tindakan saman, mengikut laporan Bernama.
Peraturan baharu itu menetapkan kadar ketelusan cahaya nampak (VLT) bagi cermin belakang dan sisi penumpang belakang dikurangkan daripada 50 peratus kepada 30 peratus, manakala kadar VLT bagi cermin hadapan dan sisi pemandu dan penumpang hadapan pula masing-masing kekal pada kadar 70 peratus dan 50 peratus.
Selain itu, katanya lagi, peraturan baharu itu juga bertujuan membantu agensi penguatkuasa terutama Polis Diraja Malaysia dan JPJ menguatkuasakan peraturan tidak memakai tali pinggang kaledar dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.