Pandu uji: Lexus NX 200t F Sport

By  |  0 Comments

NX200T_Ext_04

Keseluruhan : Lexus NX 200t F Sport ternyata mampu membeli jiwa kerana tampil dengan imej luaran & dalaman yang menguja. Malah ia turut mempunyai prestasi dan pengendalian yang boleh dikatakan terbaik dalam kelasnya. Namun harganya sedikit tinggil berbanding model pesaing memungkinkannya sukar mendominasi pasaran dalam segmennya.

Kelebihan : Memiliki imej luaran yang cukup menarik & prestasi yang dihamburkan tidak mengecewakan

Kelemahan : Bagi pemandu atau penumpang yang tinggi, ruang kepala dan ruang kaki yang ada tidak begitu selesa dan seakan agak terhad. Selain itu, penggunaan pad Remote Touch Interface seakan kurang bersesuaian walau pun ia kelihatan canggih. Jika tak biasa, penggunaannya sering kali tersasar sehingga menyukarkan untuk membuat pilihan yang tepat bagi skrin paparan. Adakalanya mengganggu konsentrasi pemanduan.

Sebut sahaja Lexus, pasti ramai yang terbayang model mewah ciptaannya yang boleh dikatakan tiada tara. Miliki interpretasi, keistimewaan dan karakteristik yang tersendiri, menjadikannya sebagai salah satu jenama mewah yang cukup digemari.

Bagi model NX ini, Lexus telah memperkenalkan lima varian iaitu NX 200t F Sport, NX 200t Luxury, NX 200t Premium, NX 200t dan NX 300h Hybrid. Namun untuk pandu uji kali ini, penulis diberikan varian NX 200t F Sport untuk dilenjan.

Lexus yang memulakan projek NX ini sejak tahun 2009 termasuk melakukan ujian pemanduan sejauh lebih satu juta kilometer di atas permukaan jalan termasuk pada dynometer, merupakan satu usaha yang patut diberi pujian tertinggi.

Kejayaannya menampilkan beberapa elemen baharu terutamanya pada ‘jantung’ yang memberikan ‘kehidupan’ buat NX ini iaitu enjin 2.0 liter twin-scroll turbocharged empat-silinder sebaris boleh dianggap sebagai tulang belakang bagi model ini.

NX200T_Ext_31

Dengan olahan enjin berkuasa turbo ini, 200t F Sport mampu menghamburkan kuasa sehingga 235 hp antara 4,800-5,600 rpm dan tork setinggi 350 Nm pada 1,650 rpm. Kuasanya terasa padat dan jinak untuk ditagih, malah boleh dikatakan ia sentiasa siap bersiaga setiap kali memerlukan lebih pecutan yang pantas.

Hamburan kuasa yang terhasil juga atas bantuan dan kerjasama yang diberikan oleh transmisi automatik enam-kelajuan, cukup lancar dan responsif. Sama ada menggunakan pertukaran gear secara auto mahu pun ‘bermain-main’ dengan pedal penukar gear untuk mod manual, kedua-duanya menampilkan keseronokan tersendiri di dalam pengendalian jentera SUV crossover sport premium ini.

Gabungan antara enjin dan transmisi ini membolehkan NX 200t F Sport ini mampu dipacu daripada 0-100km/j dalam hanya 7.1 saat dan berkeupayaan mencapai kelajuan maksimum sehingga 200 km/j.

NX200T_Ext_39

Selain kuasa dan prestasi yang menyengat, NX 200t F Sport ini juga cukup seronok dikendalikan. Seperti mana yang penulis katakan pada perenggan sebelumnya, ia begitu pantas menjadi akrab dengan gaya pemanduan. Sama ada pemanduan urban, di lebuh raya mahu pun kawasan luar bandar, NX 200t F Sport tidak pernah mengecewakan. Bukannya mahu memujinya melambung tinggi, namun… inilah hakikatnya! Sukar untuk menebak kekurangan yang ada, kerana terlalu banyak kelebihan yang ditonjolkan…satu persatu ia terhurai dengan sendiri.

Pengendaliannya juga begitu mudah, umpama mengendalikan sebuah kenderaan sedan. Dengan ukuran kerangka 4630 mm panjang, 1870 mm lebar, 1630 mm tinggi dan jarak rodanya pula 2660 mm, memberikan kelebihan buat NX 200t F Sport untuk memudahkan pemandu mengendalikannya. Ini termasuklah dalam urusan memarkir dan juga membuat pusingan-U.

NX turut memberikan pemilihan mod pemanduan menerusi butang Drive Mode Select yang terletak pada konsol tengah. Di mana sistem tersebut melaras parameter untuk beberapa sistem kawalan termasuk respons pendikit dan kawalan stereng. Jika varian NX 200t tampil dengan mod pemanduan Normal, ECO dan Sport, 200t F Sport memiliki satu lagi mod tambahan iaitu Sport+ yang mengawal karakteristik suspensi.

Jadi, ketika membelah lebuh raya khususnya, penggunaan mod Sport+ memang cukup mengujakan. Pengendalian jentera tidak terasa lebih meliar, tidak seperti kebanyakan jentera yang mempunyai mod sebegini. Sebaliknya NX 200t F Sport ini terasa lebih mantap dan stabil walau pun dipandu dalam kelajuan yang tinggi.

NX200T_Ext_38

Penguasaan pengendaliannya lebih terasa dengan bantuan sistem suspensi yang mantap. Topang MacPherson untuk bahagian belakang dan Double Wishbone di belakang membantu memberikan suspensi yang lebih berpadanan. Malah komponen suspensi ini turut membantu meminimakan olengan badan dan gegaran yang terhasil daripada corak permukaan jalan serta cara pengendalian jentera.

Bukan itu sahaja, NX 200t F Sport turut mendapat kompenan suspensi tambahan termasuklah penyerap hentak sport yang memberikan pengendalian lebih selesa serta Adaptive Variable Suspension iaitu suspensi lebih dinamik untuk mod Sport bagi menyalurkan lebih keupayaannya sewaktu di selekoh. Ia juga turut menampilkan Performance Dampers bagi memberikan lebih kemantapan.

Tidak lengkap dengan itu, Lexus juga mahu memberikan aspek keselamatan yang terbaik (walau pun tidaklah semewah teknologi lain) bagi barisan NX ini. Berpadananlah dengan penarafan lima-bintang dari EuroNCAP yang diterimanya.
Ia menawarkan sistem bantuan termasuk Panoramic View Mirror dengan kehadiran empat kamera di bahagian hadapan, belakang, kiri dan kanan yang membolehkan pemandu melihat keadaan di sekeliling kenderaan.

Selain itu, ia turut menampilkan Blind Spot Monitor (BSM) dan Rear Cross Traffic Alert Monitor yang membantu pemandu untuk meningkatkan keselamatan sewaktu pemanduan. Sistem ini akan berbunyi dan indikator BSM akan menyala pada cermin sisi bagi membuatkan pemandu lebih peka jika ia berjaya mengesan sebarang halangan. Bayangkan kalau anda memandu di jalan yang sibuk atau sesak, sistem yang sekejap-sekejap berbunyi ini adakalanya boleh menimbulkan rasa kurang senang pula.

Manakala aspek keselamatan standard yang turut ditampilkan ialah lapan beg udara, dua Isofix pada tempat duduk penumpang belakang, ABS, EBD, Bantuan Brek, Kawalan Cengkaman dan Kawalan Kestabilan Kenderaan.

SUV crossover sport premium ini memang cukup menguja. Setiap sudutnya diperinci secara sempurna. Dengan mempertaruhkan imej yang agresif, sporty, dramatik dan maskulin, NX 200t F Sport ini memang pantas menangkap pandangan, menembusi sehingga ke ruang hati.

Ia tampil dengan jeriji spindle yang ikonik dan lampu utama berbentuk tiga-L jenis LED. Keseluruhan reka bentuk melahirkan gambaran dinamik yang agreasif, sesuatu yang membayangkan keupayaan lasak tanpa mengenepikan kemewahan yang sentiasa dikaitkan dengan Lexus.

Lampu utama juga unik dan menggunakan enam kecerahan tinggi baharu LED untuk menawarkan pencahayaan optimum dan tiga lampu pada bentuk L untuk sinaran rendah. Yang menariknya, sejumlah 78 LED (pada kedua-dua belah) digunakan bagi lampu nyalaan siang dan ini mencetuskan kilauan umpama kristal menerusi lensa dalaman yang tebal.

Profil sisinya juga tampil lebih maskulin termasuk kehadiran garisan aerodinamik dan rim aloi 10-jejari bersaiz 18-inci metalik gelap yang dibaluti tayar 235/55R 18.

NX200T_Ext_21

NX 200t F Sport ini juga dihadiahkan dengan bumbung berkaca panoramik dengan lapisan gelap memberikan tempias aura sporty.

Melengkapi gaya luarannya, imej yang dipertaruhkan bagi bahagian belakang juga umpama ‘tidak menang gaya’. Ia umpama kesinambungan rekaan hadapan dengan sudut yang lebih tajam termasuk kluster lampu berbentuk L dan unit pencahayaan LED yang merefleksikan sudut iluminasi tersendiri.

Menjejaki bahagian kabin, simbahan imej serba mewah dan elegan merajai setiap ruang. Kekemasan bermaterial lembut membaluti papan pemuka hingga ke panel pintu. Konsol tengah umpama menjadi tarikan utama dengan elemen berwarna perak, termasuk kehadiran pad Remote Touch Interface yang berfungsi bagi mengawal sistem informasi dan hiburan. Ia mampu menghasilkan getaran kecil apabila bertukar pilihan.

Namun bagi penulis, penggunaan pad sesentuh ini seakan kurang bersesuaian walau pun ia kelihatan canggih. Jika tak biasa, penggunaannya sering kali tersasar sehingga menyukarkan untuk membuat pilihan yang tepat bagi skrin paparan. Adakalanya mengganggu konsentrasi pemanduan apabila tangan terkial-kial mahu menukar pilihan di skrin. Lainlah kalau sudah terbiasa menggunakannya.

Papan pemuka NX 200t F Sport ini, biar pun kelihatan ringkas namun tetap memberikan ekspresi mewah. Jam analog yang terpampang di bahagian tengah umpama signatur bagi Lexus. Panel meter dengan elemen iluminasi sepenuhnya, G-Ball dan Boost Meter menunjukkan prestasi jentera ini. Malah Boost Meter turut menampilkan warna yang berbeza sebagai penunjuk tekanan pengecas turbo.

NX200T_Int_34

Selain itu, Lexus turut menampilkan suis sesentuh sensitif lampu kabin di mana pemandu atau pengguna hanya perlu menggerakkan jemari kiri ke kanan berhampiran dengan sensor lampu tersebut untuk operasi lampu di dalam kabin.

Daya tarikan lain yang ditonjolkan oleh Lexus bagi jentera ini ialah pengecas telefon pintar tanpa wayar (Qi charger bagi model terpilih sahaja) berhampiran perehat tangan.

Penulis turut berasa selesa dengan pemilihan material tempat duduk NX 200t F Sport ini, padanan warna merah dengan jaluran hitam memang menyerlahkan lagi gaya eksklusifnya. Malah ia cukup selesa, cuma ruang di bahagian tempat duduk belakang bagi penumpang bersaiz besar dan tinggi, sedikit terhad pada ruang kepala dan kaki.

Lain-lain elemen yang terdapat di dalam kabinnya termasuklah sistem bunyi Mark Levinson dengan 14-pembesar suara, balutan kulit bagi roda stereng dan tombol gear, pedal aluminium, dan pedal penukar gear.

Bagi ruang kargo pula, ia tidaklah begitu luas, tidak juga begitu terhad, sedang-sedang sahaja dengan kapasiti 550L.
Dengan harga atas jalan RM362, 432 (bersama GST & tanpa insurans), ia turut didatangkan dengan waranti selama tiga tahun atau 100,000km.

Selain Sonic Titanium (warna unit pandu uji yang dilenjan ini), Lexus turut menawarkan warna Exceed Blue, Sonic Quartz, Red dan Starlight Black Glass Flake.

Memberikan persaingan buat model-model lain termasuklah Volvo XC60, BMW X3, Audi Q5 and Range Rover Evoque, pastinya ada sebab tertentu mengapa Lexus NX 200t F Sport ini wajar diletakkan di antara posisi teratas dalam senarai pilihan SUV di bawah segmen ini. Dan pilihan tersebut terletak di tangan anda!

Spesifikasi :
Enjin : 2.0 liter twin-scroll turbocharged 16-valve DOHC VVT
Transmisi : Automatik 6-kelajuan
Kuasa maksimum : 235 hp @ 4,800-5,600 rpm
Tork maksimum : 350 Nm @ 1,650 rpm
Penggunaan bahan api : 7.9 L/100 km (NEDC)
Kapasiti tangki bahan api : 56 liter
Harga : RM362, 432 (bersama GST & tanpa insurans)

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

redmiqq bandarpkv bagiqq viralqq lonteqq serverpkv abangqq 788bola ligadunia365 resmibet 66mega https://788bola.com/ https://resmibet.com/ https://ligadunia365.com/ pokerqq dominoqq parlay pkvgames bandarqq dominoqq pkvgames bandarqq dominoqq qiuqiu bandarqq pkvgames dominoqq pkvgames bandarqq dominoqq bandarqq pkvgames pkv parlay bandarqq pkvgames dominoqq pokerqq pkvgames dominoqq bandarqq parlay bandarqq pkvgames --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- https://dbqpbvms.org/docs/parlay/ https://dbqpbvms.org/mixparlay/ https://dbqpbvms.org/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/public/domino99/ https://dbqpbvms.org/htdocs/bet88/ https://dbqpbvms.org/pkv-games/ https://www.dentalworldindia.com/web/bandarqq/ https://www.dentalworldindia.com/ind/99/ https://www.dentalworldindia.com/oral-care/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/.docs/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/wp-includes/js/parlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/bandarqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/uploads/2024/07/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/mixparlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/77rabbit/ https://suarausu.or.id/wp-content/tutor/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/slot77/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/mt777/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/rp777/ https://suarausu.or.id/wp-content/fc/parlay/ https://suarausu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/bandarqq/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/dominoqq/ https://www.ahcfacilities.com/docs/pkvgames/ https://wpsotp.schooloftomorrow.ph/sch-ph/qq/ https://neerajbhagat.com/bandarqq/ https://neerajbhagat.com/dominoqq/ https://neerajbhagat.com/pkvgames/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/docs/qiuqiu/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/pkv-games/ https://erasmus.swu.bg/wp-includes/edu/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/docs/dominoqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/htdocs/bandarqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/77rabbit/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/pkv/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/qq/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/edu/bet88/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/bd-pkv/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/bandarqq/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/dominoqq/ https://future-of-real-estate.de/wp-includes/pkvgames/ https://teachmorepro.lk/wp-includes/parlay/ https://drfreezones.com/wp-content/login/bandarqq/ http://ddqinvest.projectstatus.in/wp-includes/invest/parlay/ https://quranacademy.us.com/wp-includes/material/parlay/ https://golearn.com.my/wp-includes/bd-pkv/ https://golearn.com.my/wp-includes/register/dominoqq/ https://golearn.com.my/wp-includes/tutor/parlay/