Isuzu MU-X miliki persepsi & perspektif tersendiri

By  |  3 Comments

ISUZU_MU_X_EXT_IK 001

Tiga tahun yang lalu, sewaktu menyertai Isuzu Dura Mission 2012, penulis pernah bertanyakan kepada Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia Sdn Bhd, Daisuke Ishida, mengapa tidak membawa masuk jentera Isuzu MU-7 ke pasaran Malaysia. Kalau di negara jiran termasuk Thailand, MU-7 (selain MU-5) memang banyak digunakan di sana. Jawapan Ishida-san, belum tiba masanya untuk membawa model tersebut ke Malaysia.

Namun ketika menyertai Isuzu Dura Mission 2015 pada Januari lalu, Ishida-san memberitahu akan membawa masuk satu lagi model Isuzu (selain model sedia ada iaitu D-Max) ke Malaysia. Pastinya ia SUV tujuh-tempat duduk, MU-X, yang hangat mendapat tempat di pasaran Thailand dan Filipina. Menurut Isuzu Malaysia, MU-X bermaksud “Multi-Utility” dan “X” pula adalah “Extreme”.

Perkhabaran ini akhirnya menjadi nyata apabila pihak Isuzu Malaysia mengumumkan MU-X bakal dilancarkan pada 4 Jun ini. Malah hampir sebulan sebelum dilancarkan, minggu lalu, Isuzu Malaysia membawa sekumpulan media permotoran tempatan untuk memandu uji jentera ini.

Isuzu-MU-X-TestDrive-IK-07

Dengan memilih lokasi penjelajahan dari Bangsar menuju ke Cameron Highland, kami melalui jalan Raub-Kuala Lipis sebelum menuju puncak kawasan peranginan tersebut.

Pemanduan secara bergilir-gilir dengan Jonathan Lee, dari Paultan.org dan seorang lagi rakan media, perjalanan sehala yang ditempuh hampir merangkumi 300 km. Melalui pelbagai corak jalan, antara lebuh raya hingga ke ‘windy road’, MU-X ini dilenjan sehabis mungkin bagi membongkar kehebatannya sehingga ia digelar ‘Raja Diesel’ di Thailand.

Berkongsi genatik yang berkuasa seperti mana yang ada pada D-Max generasi kedua termasuk spesifikasi asas casis dan kerangka jenis ladder yang kukuh, MU-X juga mampu mempamerkan aksi yang memuaskan.

Isuzu-MU-X-TestDrive-IK-02

Dengan ‘jantung’ diesel commonrail 2.5 liter 4JK1-TCX empat-silinder, terjahan kuasa yang mampu dimuntahkan oleh MU-X boleh dikatakan berada pada tahap sederhana. Ia boleh dikatakan agak cemerlang di lebuh raya, mahu pun jalan biasa. Dengan sistem Turbo Geometri Boleh Ubah (VGS), MU-X ini mampu menghasilkan kuasa sehingga 136 PS pada 3,400 rpm dan tork setinggi 320 Nm antara 1,800-2,800 rpm, tujahan yang dihamburkan oleh enjinnya agak pantas.

Namun ketika jentera dipacu mendaki laluan berbukit, kerahan enjin sangat-sangat diperlukan. Rasa sedikit berat, manakan tidak, kerangka yang agak besar dengan enjin berkapasiti hanya 2.5 liter, adakalanya membuatkan penulis sering kali mengeluh. Dalam hati sering berkata, alangkah bagusnya jika MU-X bagi pasaran Malaysia ini dipadankan dengan enjin yang lebih besar iaitu 3.0 liter, seperti mana yang ditawarkan di Thai. Pastinya ia lebih berkuasa dan sukar berhadapan dengan masalah sebegini, iaitu kekurangan kuasa terutamanya ketika melalui jalan berbukit.

Mungkin Isuzu Malaysia patut mempertimbangkan pilihan enjin 3.0 liter untuk MU-X pada masa yang akan datang.

Jadi apabila berhadapan dengan kekurangan kuasa terjahannya, penulis memilih untuk memacu jentera ini dengan mod manual untuk kerahan tenaga yang lebih pantas. Mujur juga ada mod manual, kerana ia sangat membantu memacu MU-X ini lebih pantas seperti mana yang dikehendaki.

Isuzu-MU-X-INT-IK-012

Menurut Isuzu, enjin ini dipasang dengan pelapik silinder dalaman Isuzu agar lebih tahan lasak. Manakala aci sesondolnya pula digerakkan oleh rantai pemasaan, jadi secara asasnya ia tahan sepanjang hayat kenderaan tersebut.

Bukan itu sahaja, kuasa itu disalurkan ke roda belakang melalui transmisi automatik lima-kelajuan dengan penukaran gear secara berurutan. Varian 4×4 pula dipasang dengan kotak agihan kuasa yang digerakkan secara elektronik. Ia berfungsi menyalurkan kuasa ke roda hadapan untuk mendapatkan cengkaman yang lebih baik.

Malah kotak gear ini juga memiliki alat pengesan logik gred adaptif yang dapat mengesan ketika kenderaan menuruni bukit. Maka ia akan menurunkan kedudukan gear untuk menawarkan kuasa membrek enjin yang lebih kuat, sekali gus menjimatkan penggunaan bahan api dan mengurangkan kehausan brek.

Berkenaan dengan kotak gear yang ditampilkan, ia tidak sedikit pun memberikan sebarang masalah. Malahan pertukaran gearnya juga lancar dan tidak begitu dirasai, sekali gus memberikan pengendalian yang lebih memuaskan.

Ketika mengendalikan jentera ini di lebuh raya, keseronokan lebih terpancar apabila ia cukup responsif dalam apa jua keadaan. Sama ada dipandu perlahan mahu pun dalam kelajuan yang tinggi, kemantapan dan kestabilannya tetap dirasai.

Isuzu-MU-X-TestDrive-IK-011

Dalam perjalanan menuju ke Cameron Highland, kami turut melalui jalan berselekoh dan ini tidak mendatangkan masalah memacu MU-X. Biar pun badannya agak besar dan sedikit berat, namun tidak sukar mengendalikannya.

Kami sempat memasuki sedikit laluan off-road (kurang dari 3 km) di dalam ladang kelapa sawit untuk merakamkan foto jentera ini, walau pun ia bukanlah melibatkan sebarang cabaran, namun mengendalikan MU-X melalui laluan jalan berbatu kerikil, berlopak dan bertanah merah, seakan memberikan sedikit gambaran, ‘Pasti seronok jiia MU-X ini dilenjan secara lebih ekstrem di laluan off-road‘. Sayang sekali, kami tidak berkesempatan melakukannya kerana kesuntukan masa.

Isuzu-MU-X-IK-02

Tapi kalau mahu melenjan MU-X ini di laluan off-road, ia turut dipadankan dengan pacuan 4WD dengan dial Terrain Command yang terletak di bahagian tengah perumah gear. Di mana tombol ini membolehkan pemandu menilai jumlah cengkaman yang diperlukan sebelum memilih mod pemanduan yang paling sesuai. Dengan Terrain Command, pemandu boleh menukar mod pacuan di antara 2H dan 4H pada kelajuan mencecah 100km/j. Kenderaan hanya perlu diberhentikan jika ingin masuk atau menyahaktifkan mode pacuan 4L.

MU-X ini dipadankan dengan sistem suspensi Independent Double Wishbone bagi bahagian hadapan dan S-Link Active Suspension di belakang yang kedua-duanya dibantu dengan pegas gegelung dan penstabilan. Namun suspensinya terasa agak lembut, lantas sering kali membuatkan olengan badannya terasa. Mungkin juga talaan yang dilakukan oleh Isuzu memang sebegitu (sama seperti D-Max), dan jika merentasi laluan off-road, ia kurang memberikan masalah olengan badan sedemikian rupa.

Walau pun ia turut mengandingkan penyerap hentak All Wheel Hydraulic Double Action Telescopic, namun ia seakan tidak begitu menyerap hentakan terutamanya ketika melalui permukaan jalan yang beralun. Olengan badannya agak dirasai terutamanya bagi penumpang belakang (perkara ini mungkin boleh diatasi sekiranya membuat muatan yang berat atau merentasi laluan off-road).

ISUZU_MU_X_EXT_IK 033

Sebelum turun dari Cameron Highland, kami sempat ke ladang teh Boh yang terletak di Sungai Palas, Brinchang, melalui kawasan berbukit yang agak sempit dengan keadaan jalan yang basah dan agak licin (ketika itu hujan turun renyai). Pemanduan harus lebih berhati-hati, terutamanya jika berselisih dengan kenderaan lain.

Walau pun berkerangka besar iaitu memiliki ukuran bersaiz 4825 mm panjang, 1860 mm lebar, 1825 mm tinggi dan jarak roda pula 2845 mm, namun tidak sukar mengendalikan MU-X ini. Malah ia juga memiliki jejari pusingan sehingga 11.6 m dan juga tidak sukar untuk membuat pusingan U.

MU-X juga memiliki ground clearance antara 220 sehingga 230 mm. Secara tidak langsung membenarkan MU-X ini meredah banjir atau sungai antara kedalaman yang dinyatakan itu.

Satu perkara yang agak menyenangkan penulis ialah bunyinya yang agak senyap. Ternyata Isuzu berjaya meminimumkan getaran dan bunyi bising daripada masuk ke dalam kabin demi memberi lebih keselesaan kepada penumpang.

Malah Isuzu tidak berkompromi soal aspek keselamatan. Bagi MU-X ini, ia turut dilengkapi dengan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) yang menggunakan alat pengesan pada roda serta pendikit untuk mengawal penghantaran kuasa kepada roda dengan lebih tepat. Jadi, pengendaliannya lebih mudah dijangka.

Selain itu, elemen standard yang ditampilkan termasuklah ABS yang digabungkan dengan EBD dan Bantuan Brek, dua beg udara SRS di bahagian hadapan dan kombinasi tali pinggang keledar tiga poin ELR untuk penumpang.

ISUZU_MU_X_EXT_IK 030

Kerangka MU-X juga telah diperkukuhkan dengan keluli regangan tinggi. Tiang B dan bahagian tengah transmisi Tailor Blank telah dipateri agar lebih kukuh. Manakala pintu-pintunya dipasang dengan bar keluli binaan dalam sebagai perlindungan tambahan jika berlaku pelanggaran dari arah sisi.

Bercerita mengenai imej yang dipertaruhkan, bagi penggemar SUV lasak sebegini, ternyata MU-X memiliki gaya yang tersendiri. Malah ia juga tampil sedikit sporty, lasak dan elegan. MU-X direka dengan lebih kemas berbanding MU-7 dengan bentuk baji daripada bahagian hadapan hingga ke belakang. Malah ia direka agar memberikan lebih praktikaliti, bersesuaian dengan objektif penghasilannya.

Cermin utama yang besar dan lebar misalnya, dipisahkan oleh tiang A yang nipis, memberikan tahap pandangan yang terbaik. Jadi para pemandu akan berasa lebih mudah untuk menukar haluan, biarpun di kawasan yang sempit. 

Karekter reka bentuk MU-X turut diserlahkan menerusi penggunaan dapra yang maskular. Ia menawarkan aliran udara yang dinamik pada bahagian atas roda, selain membantu menghalang percikan air.

Pada bahagian hadapannya, kluster lampu utama memfokus pada aliran garisnya yang tersendiri, sekali gus memberikan penampilan yang lebih menyerlah. Kluster yang terdiri daripada unit lampu utama jenis projektor dan unit lampu tinggi yang diasingkan, sementara lampu nyalaan siang LED (ciri standard untuk varian 4×4) diletakkan di dalam perumah lampu kabus.

Melewati bahagian sisinya pula, pintu MU-X menampilkan garis Katana D-MAX. Namun, MU-X menerima garis karekter yang lebih ketara dengan bentuknya yang lebih berkotak-kotak. Ia juga dipadankan dengan rim bersaiz 17-inci (16-inci bagi varian 4×2) yang dibaluti tayar 255/65R 17.

Di bahagian belakang,  bukaan pintu belakang yang tinggi dan luas memberikan akses maksimum ke kawasan kargo.  Pintu belakang boleh dibuka dengan menekan butang elektronik yang tersembunyi di bahagian dalam selak.

Satu slip spoiler yang kecil pada bahagian atas cermin belakang jentera 4×4 ini berfungsi menghasilkan pusaran angin untuk mengurangkan kotoran daripada mudah melekat pada skrin.

Lampu belakang yang memanjang hingga ke bahagian sisi memberikan amaran visual yang jelas kepada kenderaan di belakang dan tepi. Jadi pengguna jalan raya yang lain dapat melihat lampu isyarat membelok dengan lebih jelas.  

Pada bahagian atasnya juga terdapat roof rail yang boleh menampung beban sehingga 60kg. Jadi, membolehkan anda menambah satu rak atau kotak bumbung untuk mengangkut kargo tambahan. 

Isuzu-MU-X-INT-IK-02

Memasuki ruang kabinnya, penulis kagum dengan keluasan yang ditampilkan. Ia cukup selesa, termasuk pada barisan tempat duduk kedua dan ketiga. Malah jika barisan ketiga bagi SUV tujuh-tempat duduk sepertinya lebih sesuai untuk kanak-kanak atau penumpang bersaiz kecil, tapi bagi MU-X, ia tidak menjadi halangan untuk penumpang dewasa bersaiz sederhana duduk di bahagian tersebut.

Tempat duduk baris kedua mempunyai konfigurasi 60:40. Justeru, ia lebih fleksibel kerana memiliki ruang seperti dimahukan dengan mudah.

Tempat duduk balutan kulit turut menambahkan keselesaan. Bagi tempat duduk pemandu, pelarasan secara talaan elektrik turut ditampilkan. Malah imej elegan turut terserlah pada bahagian kekemasan pintu, perumah gear dan panel instrumen.

Bagi papan pemukanya, ia kelihatan ringkas dan tidak sarat dengan butang kawalan yang canggih. Ia turut dilengkapi dengan butang atau dial kawalan yang mudah dikendalikan.

MU-X turut dilengkapi dengan sistem audio infotaimen Isuzu dengan enam pembesar suara yang hadir bersama sambungan Bluetooth, ciri Mirror Link untuk telefon pintar, WiFi untuk melayari Internet, navigasi GPS, kamera undur, serta monitor DVD baris kedua yang boleh dilipat.

Monitor itu boleh digunakan untuk memainkan filem, pada masa yang sama unit utama Blaupunkt turut memaparkan arahan navigasi. Malah ketika mengundurkan kenderaan, paparannya juga boleh dilihat bukan sahaja pada paparan unit utama, malah turut terpancar pada monitor DVD.

Manakala sistem pendingin hawa mempunyai ciri kawalan suhu automatik pada model 4×4. Ia dapat diaktifkan dengan hanya memusing satu tombol besar untuk menetapkan suhu yang diingini.
 
Corong pendingin hawa untuk penumpang tempat duduk kedua dan ketiga dipasang pada bahagian siling bagi memastikan penyejukan kabin yang lebih pantas serta efisien.


 
Kawalan jelajah hadir sebagai satu ciri standard untuk model 4×4. Suisnya diletakkan pada bahagian kanan stereng, manakala suis untuk kawalan audio berada di sebelah kiri.

Bahagian kabin MU-X juga mempunyai empat ruang penyimpanan pelbagai saiz dengan setiap satunya mempunyai penutup. Sementara tempat meletak minuman di bawah corong pendingin hawa boleh bertindak sebagai ruang menyimpan barangan kecil. Di bawah kolum stereng pula, terdapat satu slot yang cukup besar.

Selain itu, ia juga terdapat 12 ruang meletak botol minuman di dalamnya. Dua soket kuasa di bahagian hadapan dan satu soket di kawasan kargo belakang membolehkan banyak peranti mudah alih dicaj atau digunakan pada satu-satu masa. 

Konklusi mengenai Isuzu MU-X ini, imej yang ditampilkan memang rugged dan tahan lasak, sesuai dengan cita rasa gaya hidup masa kini. Namun bagi pengendaliannya, ia lebih menjurus ke arah penggunaan off-road. Walau bagaimana pun, MU-X ini juga sesuai untuk pengangkutan seisi sekeluarga kerana memiliki ruang yang lebih luas dan selesa, malah ia juga cukup praktikal. Ini antara kelebihan MU-X.

Dengan harga pengenalan (termasuk GST + insurans) yang diumumkan oleh Isuzu Malaysia, bagi varian MU-X 2.5L 4×2 (AT) adalah RM151,944.56. Manakala bagi varian MU-X 2.5L 4×4 pula ialah RM164,969.84.

Walau bagaimana pun, menurut Isuzu, harga tersebut akan berubah dan mungkin akan ada peningkatan selepas Julai ini. Atau ada pengumuman dan (atau) perkembangan lain yang bakal dimaklumkan oleh Isuzu Malaysia pada hari pelancarannya, Infokereta.com pasti akan berkongsi dengan anda.

Spesifikasi :
Enjin : Diesel commonrail 2.5 liter 4JK1-TCX empat-silinder VGS Turbo Intercooler
Transmisi : Automatik 5-kelajuan
Kuasa maksimum : 136 PS@3,400 rpm
Tork maksimum : 320 Nm @1,800-2,800 rpm
Kapasiti tangki bahan api : 65 liter
Harga pengenalan : RM151,944.56 (MU-X 2.5L 4×2 (AT)) & RM164,969.84 (MU-X 2.5L 4×4)

 

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

redmiqq bandarpkv bagiqq viralqq lonteqq serverpkv abangqq 788bola ligadunia365 resmibet 66mega https://788bola.com/ https://resmibet.com/ https://ligadunia365.com/ pokerqq dominoqq parlay pkvgames bandarqq dominoqq pkvgames bandarqq dominoqq qiuqiu bandarqq pkvgames dominoqq pkvgames bandarqq dominoqq bandarqq pkvgames pkv parlay bandarqq pkvgames dominoqq pokerqq pkvgames dominoqq bandarqq parlay bandarqq pkvgames --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- https://dbqpbvms.org/docs/parlay/ https://dbqpbvms.org/mixparlay/ https://dbqpbvms.org/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/public/domino99/ https://dbqpbvms.org/htdocs/bet88/ https://dbqpbvms.org/pkv-games/ https://www.dentalworldindia.com/web/bandarqq/ https://www.dentalworldindia.com/ind/99/ https://www.dentalworldindia.com/oral-care/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/.docs/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/wp-includes/js/parlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/bandarqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/uploads/2024/07/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/mixparlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/77rabbit/ https://suarausu.or.id/wp-content/tutor/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/slot77/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/mt777/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/rp777/ https://suarausu.or.id/wp-content/fc/parlay/ https://suarausu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/bandarqq/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/dominoqq/ https://www.ahcfacilities.com/docs/pkvgames/ https://wpsotp.schooloftomorrow.ph/sch-ph/qq/ https://neerajbhagat.com/bandarqq/ https://neerajbhagat.com/dominoqq/ https://neerajbhagat.com/pkvgames/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/docs/qiuqiu/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/pkv-games/ https://erasmus.swu.bg/wp-includes/edu/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/docs/dominoqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/htdocs/bandarqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/77rabbit/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/pkv/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/qq/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/edu/bet88/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/bd-pkv/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/bandarqq/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/dominoqq/ https://future-of-real-estate.de/wp-includes/pkvgames/ https://teachmorepro.lk/wp-includes/parlay/ https://drfreezones.com/wp-content/login/bandarqq/ http://ddqinvest.projectstatus.in/wp-includes/invest/parlay/ https://quranacademy.us.com/wp-includes/material/parlay/ https://golearn.com.my/wp-includes/bd-pkv/ https://golearn.com.my/wp-includes/register/dominoqq/ https://golearn.com.my/wp-includes/tutor/parlay/