Galeri : Peugeot 508 GT bakal dilancarkan tidak lama lagi
Seperti mana yang dikatakan pada awal tahun ini, selepas melancarkan model Peugeot 308 baharu, kini tibalah giliran model penambah baikan bagi 508 memasuki pasaran Malaysia. Ia bakal dilancarkan tidak lama lagi dan sebagai menambahkan debar detik pelancarannya, varian 508 GT telah dipertontonkan di pusat membeli-belah Mid Valley minggu ini.
Berdasarkan risalah spesifikasinya, 508 GT ini dijanakan oleh enjin 2.2 liter empat-silinder turbodiesel. Enjin ini berkeupayaan menghasilkan kuasa sehingga 204 hp dan tork setinggi 450 nm.
Ia juga dipadankan dengan kotak gear automatik enam-kelajuan yang turut membolehkan jentera ini dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 8.4 saat.
Mengenai harganya pula, ia dijangka berharga RM205,000 untuk 508 GT sedan iaitu lebih RM5,000 berbanding model sedia ada. Bagi model 508 baharu ini, ia juga akan ditawarkan dengan varian sedan dan SW wagon. Perician lebih lanjut mengenai jentera ini akan dikhabarkan pada hari pelancarannya.