RON 95 bukan hanya untuk golongan kurang berkemampuan
Jika semalam timbul isu mengenai subsidi RON 95 hanya untuk golongan kurang berkemampuan seperti kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Tengku Mansor, hari ini lain pula jadinya.
Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin, menerusi laman sosial Twitter, hari ini pula mengeluarkan kenyataan bahawa Datuk Seri Tengku Adnan tersalah memetik kenyataan berhubung dengan RON 95 hanya untuk golongan kurang berkemampuan.
Dalam masa yang sama, Datuk Seri Tengku Adnan turut memuat naik dua status di dalam Twitter bahawa beliau hanya bercakap tentang rasionalisasi fiskal berhubung dengan subsidi untuk memastikan bahawa subsidi memberikan kelebihan kepada golongan yang benar-benar layak sahaja.
Walau bagaimana pun tiada sebarang perician yang dikeluarkan berhubung dengan perkara ini. Tunggu saja maklum balas daripada pihak yang bertanggungjawab.