UMW Toyota panggil semula model terpilih ekoran masalah beg udara – Melibatkan Camry, Corolla Altis, Vios, Yaris & RAV4 2001-2007
By 0 Comments
|
UMW Toyota telah melancarkan kempen memanggil semula model yang terlibat termasuk Camry, Corolla Altis, Vios, Yaris dan RAV4. Panggilan semula ini bagi ekoran terdapat masalah pada beg udara (pada sebelah penumpang hadapan dan pemandu) keluaran Takata.
Kempen ini melibatkan 97,000 unit bagi mode terbabit buatan tahun 2011 hingga 2007. Walau bagaimana pun UMW Toyota berkata, model lain Toyota dan Lexus yang dijual di Malaysia pada sebelum atau selepas tahun yang terbabit tidak terjejas.
Semua pemilik kenderaan terbabit akan dihubungi secepat mungkin. Jika memerlukan penukaran beg udara berkenaan, tiada sebarang kos akan dikenakan.