Harga Suzuki Jimny turun RM3,400
Semalam Suzuki Malaysia Automobile (SMA) mengumumkan pengurangan harga bagi kenderaan 4X4 Jimny yang diperkenalkan untuk pasaran tempatan pada November lalu.
Harga baharu yang diumumkan ialah RM86,488 untuk Jimny 1.3L AT dan RM81,488 (MT) untuk Semenanjung Malaysia. Ia berkurangan sebanyak RM3,400 daripada harga asalnya iaitu RM87,305 (MT) dan RM92,435 (AT).Manakala bagi Sabah pula ialah RM90,488 (AT) dan RM85,488 (MT). Sementara itu, di Sarawak pula, Jimny diturunkan harga pada RM91,488 (AT) dan RM86,488 (MT).
SMA turut mengumumkan bahawa model Swift Sport pula akan dilengkapi dengan fungsi Auto-Cruise dan ia akan diperkenalkan pada suku kedua tahun ini. Dengan adanya fungsi ini, pastinya ia akan memberikan lebih keselesaan, efisiensi dan kepuasan pemanduan yang lebih optimum, selain memberikan penjimatan minyak yang lebih memuaskan.