KL MRT : Penutupan jalan di Lebuh Bandar Utama, laluan kontra pada waktu malam di Jalan Sungai Buloh diteruskan
MMC-Gamuda telah mengumumkan lencongan trafik terkini bagi lalu lintas di tiga lokasi pembinaan MRT iaitu melibatkan Jalan Sungai Buloh, Lebuh Bandar Utama dan Lebuh Raya Grand Saga Cheras-Kajang.
Mulai 1 jingga 20 Jun, laluan kontra sementara pada waktu malam iaitu dari jam 11 malam hingga 6 pagi setiap hari akan diimplementasi di Jalan Sungai Buloh (arah Subang dan arah Kuala Selangor), melibatkan dua peringkat.
Peringkat pertama, akan berlangsung dari 1 hingga 8 Jun, akan melibatkan laluan sejauh 500 meter di laluan laju di Jalan Sungai Buloh (arah Kuala Selangor) dari stesen minyak yang terbengkalai hingga ke JG Living Home Gallery yang terbengkalai. Sepanjang tempoh ini, hanya satu laluan trafik sahaja yang dibuka untuk semua jenis kenderaan (arah Kuala Selangor).
Manakala peringkat kedua pula akan berlangsung dari 13 hingga 20 Jun, dengan penutupan laluan sepanjang 500 meter di Jalan Sungan Buloh (arah Subang) iaitu dari Pusat Latihan Perhutanan Sungai Buloh hingga ke persimpangan Persiaran Mohagani. Sepanjang tempoh ini, hanya satu laluan trafik yang dibuka untuk semua jenis kenderaan (arah Subang).
Turut diumumkan ialah penutupan jalan sementara yang melibatkan Lebuh Bandar Utama dan Jalan Burhanuddin Helmi, bakal diteruskan sehingga 31 Julai ini. Ini melibatkan penutupan jalan di hadapan pusat membeli-belah 1 Utama (New Wing) dan laluan yang ditutup di Lebuh Bandar Utara dan Jalan Burhanuddin Helmi akan dilaksanakan sehingga 31 Julai, dari jam 12 pagi hingga 6 pagi (Isnin-Jumaat) dan dari jam 12 tengah malam hingga 8 pagi pada Sabtu-Ahad.
Ia akan dibahagikan pada empat bahagian iaitu di hadapan pusat membeli-belah 1 Utama (New Wing) hingga ke LDP (arah Kepong), penutupan jalan di Lebuh Bandar Utama hingga ke LDP, persimpangan Bandar Utama (termasuk laluan pusingan-U untuk kembali ke Kepong dan simpang kanan ke Lebuh Bandar Utama, dari simpang kanan SS2 ke Jalan Burhanuddin Helmi) dan sebahagian jalan yang ditutup sepanjang Jalan Burhanuddin Helmi ke LDP (arah Kepong) dan Lebuh Bandar Utama.
Sepanjang penutupan jalan pada waktu malam, ikuti lencongan yang telah ditetapkan. Pengguna jalan raya dari Bandar Utama yang mahu ke LDP (arah Kepong) akan dilencongkan di simpang kanan menuju ke Dataran Bandar Utama dan keluar ke LDP melalui Persiaran Bandar Utama. Pengguna jalan raya perlu membuat pusingan-U di bawah laluan bertingkat menuju ke Kepong.
Bagi pengguna jalan raya dari Lebuh Bandar Utama yang ingin ke Jalan Burhanuddin Helmi atau Jalan Leong Yew Koh/ Jalan Damansara/SS2, akan dilencongkan ke simpang kanan ke Dataran Bandar Utama dan keluar di LDP melalui Persiaran Bandar Utama. Pengguna jalan raya perlu membuat pusingan-U di persimpangan Bandar Utama dan pusing ke kiri di Jalan Leong Yew Koh. Bagi yang ingin ke Jalan Burhanuddin Helmi, boleh melalui simpang kiri ke Jalan Leong Yew Kog dan menggunakan sistem jalan dalam, sementara yang lainnya boleh terus ke simpang TTDI.
Pengguna jalan raya dari Jalan Burhanuddin Helmi atau Kepong yang ingin ke Lebuh Bandar Utama/Kepong akan dilencongkan ke laluan kanan LDP (arah SS2), dan akan membuat pusingan-U di persimpangan TTDI. Manakala bagi yang ingin ke Lebuh Bandar Utama pula akan ke simpang kanan menuju ke Persiaran Bandar Utama, dan yang ingin ke arah Kepong boleh melalui persimpangan bertingkat.
Manakala bagi pengguna jalan raya dari Lebuh Raya SPRINT yang ingin ke Bandar Utama boleh terus melalui lebuh raya berkenaan (E23) dan menuju ke One Utama dari arah selatan. Semua laluan dari persimpangan bertingkat di persimpangan Bandar Utama dari Keping juga boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.
Selain itu, penutupan sementara di laluan Lebuh Raya Cheras-Kajang (Grand Saga) akan dilaksanakan dari 1 hingga 8 Jun, antara jam 12 tengah malam hingga 5 pagi. Penutupan itu adalah bagi kerja-kerja mengecat di sepanjang lebuh raya terbabit.
Bagi pengguna jalan raya yang datang dari arah Kuala Lumpur menuju ke Semenyih, akan dilencongkan di laluan kanan. Namun pengguna jalan raya yang datang dari Semenyih menuju ke Kuala Lumpur tidak akan terlibat dengan penutupan jalan ini.