Mazda CX-3 1.5 diesel bakal sampai ke Malaysia hujung tahun ini?
Mazda CX-3 belum sampai lagi di pasaran Malaysia, namun sudah ada ura-ura yang bertebaran mengatakan model tersebut tapi dengan enjin diesel juga akan tiba di sini penghujung tahun ini. Malah seorang pengguna FB telah menyiarkan spesifikasi tentatif tersebut.
Ia menampilkan enjin diesel 1.5 liter SkyActiv-D yang mampu memberikan kuasa sehingga 104 hp pada 4,000 rpm dan tork setinggi 270 Nm antara 1,600 hingga 2,500 rpm bersama transmisi automatik enam-kelajuan.
Menerusi spesifikasi tentatif di atas yang membandingkan antara varian diesel dan petrol, nampaknya tidak banyak perbezaan. Varian diesel turut dilengkapi dengan enam beg udara, DSC, TSC, kawalan cengkaman, enam pembesar suara, kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin dan tempat duduk balutan kulit.
Malah ia turut ditampilkan dengan rim aloi 16-inci yang dibaluti tayar 215/60 R16, pengesan hujan, lampu utama LED, lampu nyalaan siang LED, lampu kabus, pengesan undur, paparan MZD bersaiz tujuh-inci dengan tombol Kawalan Arahan, Bluetooth, USB, AUX, radio Internet dan kamera undur.
Bagi varian petrol, CX-3 ini telah pun dibuka tempahannya dengan harga jangkaan RM120k-130k, dan dijangka akan mula diedarkan pada Ogos ini.
1 Comment