Volkswagen Golf TSI BlueMotion tampil dengan enjin 1.1L
Volkswagen telah pun memperkenalkan Golf TSI BlueMotion baharu yang disifatkan sebagai model Golf dengan enjin petrol yang paling berkuasa setakat ini.
Golf TSI BlueMotion baharu ini dijanakan oleh enjin 1.0 liter TSI tiga-silinder yang mampu menyalurkan kuasa sehingga 115 PS dan tork setinggi 200 Nm. Ia turut dipadankan dengan kotak gear manual enam-kelajuan atau DSG tujuh-kelajuan.
Berhubung dengan prestasinya, model hatchback ini mampu dipacu dari 0-100km/j hanya 9.7 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 204 km/j. Paling penting, ia juga dikatakan hanya menggunakan bahan api sekitar 4.3 liter bagi setiap 100 km dan emisi CO2 99 g/km.
Di samping enjin yang mesra alam, Golf TSI BlueMotion ini turut menampilkan spoiler belakang dengan warna yang sama dengan kerangka, suspensi talaan sport, dan rim aloi “Lyon” bersaiz 15-inci. Ia juga dilengkapi dengan penghawa dingin auto, butang penghidup enjin, Automatic Post-Collision Braking System dan XDS electronic differential lock.
Ia diperkenalkan di pasaran Eropah dengan harga 20,450 euros.