Pandu Uji : Toyota Camry Hybrid 2.5L

By  |  0 Comments

Camry_Hybrid_Ext_04

Keseluruhan : Perbezaan antara RM15,000 bagi Camry 2.0G dan RM25,000 buat Camry 2.0E memang jurangnya kelihatan jauh berbanding dengan Camry Hybrid 2.5L yang berharga RM174,900 (termasuk GST & insurans). Namun jika dilihat dari perspektif lain, pemilikan Camry Hybrid boleh dianggap lebih berbaloi. Harga ini boleh dikatakn berpatutan bagi kenderaan hibrid. Mujur ia pemasangan tempatan (CKD). Malah imej luarannya juga kelihatan lebih dinamik berbanding model terdahulu.

Kelebihan : Penjimatan bahan api antara faktor utama, selain enjinnya yang lebih berprestasi.

Kelemahan : Tujahan kuasanya seperti ‘malu-malu’ ketika kenderaan baru bergerak. Momentumnya sedikit perlahan dan memerlukan pedal pendikit dipijak lebih bagi mempercepatkan putaran enjinnya untuk mendapatkan kelajuan yang diingini.

Camry_Hybrid_Ext_33

Camry 2015 yang dilancarkan pada 2 April lalu memang ada keistimewaan tersendiri namun model Camry Hybrid yang paling menonjol. Malah kehadirannya telah lama dinantikan dan pernah dijadualkan dilancarkan pada hujung tahun lalu tetapi tertangguh. Namun pada Februari lalu, UMW Toyota Motor mengesahkan bakal memperkenalkan model ini di pasaran tempatan pada suku kedua 2015. Dua bulan kemudian, pelancarannya telah disempurnakan.

Bagi mengetahui sejauh mana kehebatan Camry Hybrid ini, Infokereta.com mengambil peluang untuk memandu ujinya.

Dikatakan melangkaui jangkaan dalam aspek prestasi, Camry Hybrid ini dijanakan oleh enjin 2.5 liter 4-silinder DOHC dengan VVT-i dan ACIS yang membolehkannya menghasilkan kuasa sehingga 160 PS pada 5,700 rpm dan tork setinggi 213 Nm pada 4,500 rpm.

Camry_Hybrid_Ext_30

Ia turut dipadankan dengan sistem transmisi Electronically Controlled Continuosly Variable Transmission (E-CVT) yang turut membantu penjimatan bahan api lebih cemerlang.

Ternyata gabungan enjin dan transmisi ini cukup berpadanan, malah hamburan kuasa yang dihasilkan memang memuaskan. Enjinnya tidak lokek untuk memuntahkan tenaga walau pun sedikit ‘pemalu’ untuk memulakannya selepas kenderaan baru bergerak. Momentumnya sedikit perlahan, namun ia tidak mengambil masa yang lama untuk dipacu mengikut kelajuan yang diingini.

Ketika memandunya di kawasan yang sesak atau dalam pergerakan yang perlahan, kuasa hibrid tampil berkuasa. Dengan sistem hibrid ini, kuasa yang dihasilkan oleh motornya mampu memberikan 143 PS dan tork 270 Nm. Motor hibrid ini mampu menghasilkan output sehingga 205 PS. Bagi Camry Hybrid ini, ia digandingkan dengan bateri dari jenis Nickel-Metal Hydride bagi menggerakkan motornya.

Menurut Toyota, ketika berada dalam keadaan berhenti (idle) dan undur, motor elektrik digunakan sepenuhnya. Manakala ketika kenderaan bergerak dengan kelajuan yang sederhana, ia dikawal oleh enjin konvensional dan juga motor elektrik. Namun jika dipacu laju atau pun mendaki bukit, khidmat enjin konvensional digunakan sepenuhnya. Jika kenderaan dibrek, motor elektrik akan digerakkan untuk menghantar kuasa dan dalam masa yang sama bateri turut dicaj.

Camry_Hybrid_Ext_35

Anggaran bahan api yang digunakan pula hanya sekitar 5.2 liter bagi setiap 100 km/j, secara tidak langsung memberikan penjimatan yang cukup efisien.

Sama ada enjin konvensional mahu pun sistem hibrid, sistem transmisi yang dipadankan juga bekerja dengan penuh cemerlang dan penukaran gear memang lancar.

Camry Hybrid ini turut dimantapkan dengan topang MacPherson untuk sistem suspensi bahagian hadapan dan belakangnya pula menggunakan Dual Link Independent Strut, kedua-duanya dibantu oleh penstabil bagi memberikan kestabilan yang lebih optimum.

Berbanding dengan model Camry terdahulu, olengan badan Camry baharu ini tidak begitu ketara. Penulis pernah memandu Camry model terdahulu dan ia agak mudah understeer ketika melalui selekoh dengan kelajuan yang sedikit tinggi. Namun bagi Camry baharu ini, perkara tersebut agak berkurangan, sekali gus memberikan pengendalian yang lebih stabil terutamanya ketika melalui selekoh mahu pun jalan berliku. Malah pengendaliannya juga terasa lebih mantap dan meyakinkan. Namun jika memandu laju di selekoh atau jalan berselekoh, kebarangkalian understeer memang tidak dapat dielakkan.

Bagi kawalan stereng berkuasanya (EPS), ia sangat membantu pengendalian. Malah kawalannya juga lebih mudah, tepat dan memuaskan. Ketika jentera dipandu laju dan tiba-tiba hendak mengelak halangan seperti jalan raya berlubang, kawalan stereng sangat membantu. Belokannya jarang tersasar.

Dengan ukuran 4,850 mm panjang, 1,825 mm lebar, 1,470 mm tinggi dan jarak roda pula 2,775 mm, memang tidak banyak masalah dalam mengendalikan Camry baharu ini. Malah untuk membuat pusingan U juga tidak sukar kerana Camry baharu ini memiliki jejari pusingan minimum 5.5 meter.

Selain peningkatan pengendalian, Toyota juga tidak mengenepikan aspek keselamatan untuk menyempurnakan lagi Camry baharu ini. Bagi Camry Hybrid ini, ia didatangkan dengan Pemantau Titik Buta (Blind Spot Monitor), Kawalan Kestabilan Kenderaan (VCS), Bantuan Mula Mendaki (Hill Start Assist), sistem Pengawasan Trafik Belakang (Rear Cross Traffic Alert), Isyarat Pemberhentian Kecemasan dan kawalan kelajuan, selain elemen standard termasuk ABS dengan EBD, tujuh beg udara dan ISOFIX.

Tidak mahu kalah pada gaya, Camry baharu ini telah sedikit menghapuskan imej ‘pakcik-pakcik’ dan menampilkan gaya yang lebih dinamik. Bahagian hadapannya lebih agresif termasuk menampilkan lampu utama LED dengan lampu nyalaan siang, gril radiator yang lebih lebar, bampar dengan kekemasan krom, dan lampu kabus.

Ia turut dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 17-inci yang dibaluti tayar Bridgestone Turanza ER33 215/55R17.

Manakala imej yang lebih elegan pula menyelimuti bahagian belakang dengan lampu kombinasi LED dan sistem ekzos tunggal.

Camry_Hybrid_Ext_21

Menjengah bahagian kabinnya, kekemasan kayuan masih menjadi pilihan pada bahagian papan pemuka, konsol tengah, tombol gear, panal pintu dan perehat tangan bahagian tengah. Walau pun mungkin ia menggambarkan elemen mewah, namun agak ‘kurang’ pada pandangan mata penulis. Mungkin juga ia masih dijadikan pilihan kerana memang menjadi kesukaan golongan pertengahan usia atau ‘veteran’ yang sukakan elemen kekemasan kayuan ini. Mungkin!

Camry Hybrid ini dilengkapi dengan tempat duduk balutan kulit berwarna hitam dan pelarasan tempat duduk hadapan secara elektronik dengan lapan cara termasuk sokongan lumbar, skrin sesentuh bersaiz tujuh-inci untuk paparan audio, sistem navigasi, pemain DVD dengan sokongan MP3, USB dan iPod, sambungan Bluetooth, Mirror Link, 10 pembesar suara JBL, zon berkembar penghawa dingin, serta kamera undur.

Camry_Hybrid_Int_24

Seperti varian 2.0 G dan 2.0E, Camry Hybrid ini juga disertakan dengan sistem kemasukan pintar dengan butang penghidup enjin, panel kluster berbentuk-U, butang kawalan dengan rekaan baharu, paparan pelbagai-informasi, meter kombinasi Optitron, roda stereng balutan kulit dan kekemasan kayuan pada bahagian papan pemuka, konsol tengah, tombol gear dan perehat lengan.

Camry_Hybrid_Int_08

Dan yang menariknya, Camry Hybrid ini turut dilengkapi dengan Nano-e TM iaitu sistem pembersihan udara yang membersihkan udara daripada ions negatif. Bukan itu sahaja, ia juga menawarkan pengecas tanpa wayar yang pertama dalam kelasnya kepada pengguna untuk meletak dan mengecas telefon pintas mereka.

Ruang dalamannya juga sederhana luas dan masih mampu memberikan keselesaan optimum termasuk buat penumpang belakang. Manakala ruang storannya pula mampu diisi muatan sehingga 412 liter (tanpa tempat duduk belakang dibaringkan).

Harga yang ditawarkan ialah RM174,900 (termasuk GST & insurans) dan didatangkan dengan waranti standard kenderaan tiga tahun atau 100,000km (yang mana tiba terlebih dahulu). Malah UMW Toyota Motor turut memberikan waranti selama lapan tahun bagi bateri hibrid.

Spesifikasi :
Enjin : 2.5 liter 4-silinder DOHC VVT-i & ACIS
Transmisi : Electronically Controlled Continuosly Variable Transmission (E-CVT)
Kuasa maksimum : 160 PS @ 5,700 rpm
Tork maksimum : 213 Nm @ 4,500 rpm
Kapasiti tangki bahan api : 65 liter
Warna pilihan : Grey Metallic, Medium Silver Metallic, Attitude Black, Silver Metallic & White Pearl CS

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

redmiqq bandarpkv bagiqq viralqq lonteqq serverpkv abangqq 788bola ligadunia365 resmibet 66mega https://788bola.com/ https://resmibet.com/ https://ligadunia365.com/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/pokerqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/blocks/details/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/css/dist/patterns/parlay/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/getwin/ https://greenstem.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/pkvgames/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/bandarqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/dominoqq/ https://drfreezones.com/wp-content/docs/qiuqiu/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/bandarqq/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/pkvgames/ https://royalindiantaste.be/wp-includes/dominoqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/pkvgames/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/bandarqq/ https://edp-ppend1.swu.bg/wp-includes/dominoqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/cr-7/pkvgames/ https://www.naturecure.org.in/naturecure/pkv/ https://www.ahcfacilities.com/sport/parlay/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/bandarqq/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/pkvgames/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/dominoqq/ https://mstat.cds.hku.hk/htdoc/pokerqq/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/pkvgames/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/dominoqq/ https://international.westlakegirls.school.nz/wp-includes/bandarqq/ --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- https://dbqpbvms.org/docs/parlay/ https://dbqpbvms.org/mixparlay/ https://dbqpbvms.org/bandarqq/ https://dbqpbvms.org/public/domino99/ https://dbqpbvms.org/htdocs/bet88/ https://www.dentalworldindia.com/web/bandarqq/ https://www.dentalworldindia.com/ind/99/ https://www.dentalworldindia.com/oral-care/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/.docs/pkv/ https://www.dentalworldindia.com/wp-includes/js/parlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/bandarqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/qiuqiu/ https://halofkmusu.or.id/wp-content/uploads/2024/07/dominoqq/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/mixparlay/ https://halofkmusu.or.id/wp-includes/l10n/77rabbit/ https://suarausu.or.id/wp-content/tutor/ https://suarausu.or.id/wp-content/public/slot77/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/mt777/ https://suarausu.or.id/wp-content/Apk/rp777/ https://suarausu.or.id/wp-content/fc/parlay/ https://suarausu.or.id/wp-content/upgrade-temp-backup/pkvgames/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/bandarqq/ https://suarausu.or.id/wp-content/htdocs/dominoqq/ https://www.ahcfacilities.com/docs/pkvgames/ https://wpsotp.schooloftomorrow.ph/sch-ph/qq/ https://neerajbhagat.com/bandarqq/ https://neerajbhagat.com/dominoqq/ https://neerajbhagat.com/pkvgames/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/docs/qiuqiu/ https://haoyangtechnology.sg/wp-includes/pkv-games/ https://erasmus.swu.bg/wp-includes/edu/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/docs/dominoqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/htdocs/bandarqq/ https://abdentologic.co.in/wp-includes/77rabbit/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/pkv/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/htdocs/qq/ https://mdasc.cds.hku.hk/wp-includes/edu/bet88/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/bandarqq/ https://support-my-decision.org.au/wp-includes/js/dominoqq/ https://future-of-real-estate.de/wp-includes/pkvgames/ https://teachmorepro.lk/wp-includes/parlay/