ETCM bawa pemenang Kempen Liga Juara-juara UEFA Nissan ke Berlin
Kempen Liga Juara-juara UEFA Nissan menamatkan Pusingan 2 dengan memilih tiga orang pelanggan yang membeli kenderaan Nissan dari Mac hingga April sebagai pemenang. Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) telah pun menghantar tiga orang pemenang tersebut untuk menyaksikan perlawanan akhir Liga Juara-Juara yang berlangsung pada 6 Jun lalu di Olympiastadion di Berlin.
Para pemenang itu ialah Teh Shi Jien dan Lee Kah Guek, masing-masing membeli seunit Nissan Almera 1.5E AT serta Nor Khairi Kamaruddin yang baru sahaja memiliki Nissan Grand Livina 1.8L AT.
Menurut Pengarah Pemasaran dan Perancangan Produk ETCM, Tan Keng Meng, kerjasama antara Nissan dan UEFA adalah platform yang sempurna untuk inovasi Nissan dan keterujaan bola sepak UEFA yang membawa pengalaman yang luar biasa untuk ETCM dan pelanggan Nissan.
“Kerjasama ini telah menyebabkan hasil kerja yang membanggakan. Kami percaya ia akan terus meningkatkan jenama Nissan di seluruh dunia dan di Malaysia. Pada masa yang sama, ini adalah cara bagi kita untuk memberi ganjaran kepada pelanggan-pelanggan kami atas sokongan berterusan mereka buat Edaran Tan Chong Motor dan Nissan.”