Infiniti Q70 dilancarkan di Malaysia – Harga dari RM295k
Selepas memperkenalkan model QX80 pada Mac lalu, kali ini giliran Infiniti Q70 pula dilancarkan di Malaysia.
Sebelum ini lebih dikenali sebagai Infiniti M dan dijual di Jepun sebagai Nissan Fuga, model baharu Q70 ini menerima imej yang lebih segar dan cukup elegan.
Pada bahagian hadapannya, perubahan besar ternyata membuatkan Q70 ini tampil lebih memukau, dengan kehadiran lampu utama LED, gerbang gril yang lebih besar dan bampar hadapan baharu yang turut digayakan dengan lampu kabus. Cukup menawan.
Manakala lampu belakangnya juga nampak lebih segar dan berketerampilan. Manakala bahagian bamparnya sedikit nipis dan terdapat jaluran krom pada lampu belakang. Sedan mewah ini turut dipadankan dengan rim aloi bersaiz 18-inci yang dibaluti tayar 245/50.
Infiniti turut berkata, model baharu Q70 ini lebih senyap, hasil penggunaan material penebat bunyi tambahan. Malah Active Noise Cancellation turut memantau tahap bunyi bising dan bunyi yang terhasil dari menyerapi bahagian kabin.
Tiga pilihan enjin ditawarkan iaitu 3.7 liter V6 VVEL (Variable Valve Event & Lift) dengan kuasa 320 hp dan 360 Nm (0-100 km/j hanya 6.2 saat), 2.5 liter V6 dengan CVTC (218 Hp/253 Nm & 0-100 km/j 8.5 saat) dan 3.5L Hybrid.
Model Q70 3.5 Hybrid turut menampilkan satu motor, dua-klac sistem hibrid ‘Direct Response’ yang menyalurkan gabungan kuasa 360 hp dan 350 Nm. Motor elektrik tampil dengan 67 hp/270 Nm, dikuasakan oleh bateri lithium-ion dan lebih berprestasi berbanding supercharger biasa dan Infiniti menggelarkannya sebagai “driver’s hybrid”. Dari 0-100 km/j hanya mengambil masa sekitar 5.5 saat sahaja.
Ia turut dipadankan dengan kotak gear automatik tujuh-kelajuan dengan mod manual. Ia turut menampilkan Drive Mode Selector dengan pilihan mod Standard, Sport, Eco dan Snow, yang akan menyelaraskan sensitiviti pendikit dan pemetaan transmisi.
Elemen standard yang turut ditampilkan termasuklah lampu utama LED dan lampu nyalaan siang, kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin, sistem amaran tekanan tayar, kamera undur dengan pengesan parkir hadapan/belakang, bumbung mataharti, kekemasan kayuan White Ash dan banyak lagi.
Bagi aspek keselamatannya, ia dilengkapi dengan enam beg udara, Kawasan Dinamik Kenderaan (VCS) dan Isofix.
Ditawarkan pada pilihan warna seperti Hermosa Blue (baharu), Malbec Black, Liquid Platinum, Graphite Shadow dan Moonlight White dengan kekemasan mutiara, the Infiniti Q70 ini berharga RM295,000 untuk 2.5L, RM375,000 bagi 3.7L dan RM420,000 untuk Hybrid.
Infiniti turut menawarkan pakej Sport Premium dengan rekaan bampar yang berlainan, tayar bersaiz 20-inci dan sistem bunyi Bose dengan 10-pembesar suara (termasuk skrin sesentuh bersaiz lapan-inci dengan navigasi) dan ia bernilai RM35,000. Manakala bagi varian 3.7L dan Hybrid pula, pakej Sport ini ditawarkan pada harga tambahan RM25,000
Pembelian model Q70 baharu ini turut didatangkan dengan waranti standard selama tiga tahun atau 100,000 km.
Infiniti Q70 2.5L
Infiniti Q70 2.5L dengan pakej Sport Premium