Mazda CX-3 & MX-5 bakal dilancarkan hujung tahun ini
Infokereta.com yang sedang mengikuti cabaran ‘Mazda SkyActiv Challenge 2015’ ke Johor Bahru, sempat mengorek rahsia dari sumber Bermaz, pengedar jenama Mazda di Malaysia, yang mengatakan Mazda CX-3 bakal dilancarkan pada suku terakhir tahun ini. Malah sumber tersebut turut memberitahu, CX-3 akan dilancarkan bersama MX-5. Sebelum ini Infokereta.com pernah melaporkan CX-3 bakal dilancarkan pada Julai ini, namun ternyata ia tertangguh seketika.
Sumber berkenaan turut memberitahu, buat masa ini pihak Bermaz masih belum membuat keputusan bilakah CX-3 versi diesel akan dibawa masuk, biar pun sebelum ini ada ura-ura mengatakan ia bakal diperkenalkan pada penghujung tahun ini.
Malah Infokereta.com turut mengajukan pertanyaan, adakah Bermaz akan membawa masuk varian manual bagi MX-5, namun sumber berkenaan mengesahkan, hanya varian automatik sahaja yang bakal dibawa masuk kerana ia mempunyai permintaan yag lebih tinggi.
Mazda CX-3 juga telah dibuka tempahannya di pasaran tempatan dengan harga jangkaan antara RM120k-RM130k.