Menteri arah siasat insiden kain sarung di kaunter JPJ
Ekoran viral di Facebook sejak dua hari lepas, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengarahkan siasatan dan tindakan segera diambil berhubung insiden seorang wanita diberikan kain sarung ketika mahu berurusan di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), laporan Bernama.
“Saya kesal isu kod etika pakaian terjadi. Tidak ada perkara seperti peraturan kain sarung. Kita tidak harus mengenakan garisan panduan kod pakaian yang tidak perlu kepada orang awam. Terdapat keperluan segera untuk mengkaji semula garis panduan yang sedia ada,” katanya dalam status Facebooknya.
Namun dalam masa yang sama, JPJ menegaskan bahawa tiada peraturan yang menyatakan pelanggan perlu diberikan kain sarung jika tidak menepati garis panduan kod etika pakaian.
Berikut merupakan kenyataan daripada pihak JPJ :
Walau bagaimana pun, JPJ telah memohon maaf kepada wanita terbabit iaitu Suzanne G. L. Tan atas kesulitan yang dihadapinya.
Malah JPJ telah mengeluarkan TATACARA PAKAIAN PELAWAT yang berurusan pejabat JPJ di seluruh negara.