Sila gunakan kerusi khas kanak-kanak ketika pulang kampung untuk Hari Raya ini – Dapatkannya secara pinjaman PERCUMA dari paultan.org, tajaan Mercedes-Benz Malaysia
Kepada para pembaca dan ibubapa, sambutan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba dan pastinya ramai antara kita akan melalui perjalanan yang panjang dan sukar untuk pulang ke kampung halaman.
Namun begitu, satu hakikat yang tidak dapat dinafikan bahawa kadar kemalangan sering berlaku semasa tempoh ini. Di mana risiko kemalangan jauh lebih tinggi apabila banyak kenderaan di jalan raya, dengan masing-masing bergegas pulang ke rumah sebelum menjelang lebaran tiba.
Kini, apa yang kita semua boleh lakukan secara terbaik ialah menjaga keluarga kita sendiri dengan lebih selamat, supaya kita tidak mengubah suasana yang sepatutnya gembira itu menjadi kedukaan. Pada ketika ini, kami ingin sekali mengingatkan semua tentang kepentingan penggunaan kerusi khas kanak-kanak ini. Wahai ibu bapa, jika anda sedang mencari masa yang sesuai untuk menggunakannya, inilah ruang yang terbaik untuk melakukannya.
Namun salah satu alasan yang sering kali diberikan oleh ibu bapa di Malaysia ini mengapa tidak menggunakan kerusi khas kanak-kanak ini adalah kerana ia terlalu mahal untuk dibeli. Berdasarkan kajian kami sendiri, didapati, kerusi khas kanak-kanak yang disahkan oleh ECE R44 kini boleh didapati pada sekitar RM400.
Memang ia bukanlah nilai yang kecil buat semua, namun jika anda menghabiskan wang ringgit hanya untuk membeli kit badan, rim aloi yang lebih cantik dan sebagainya, adalah lebih baik anda membeli kerusi khas kanak-kanak yang sangat diperlukan
ini.
Kerusi khas kanak-kanak untuk dipinjamkan secara PERCUMA – perkhidmatan komuniti oleh paultan.org, tajaan Mercedes-Benz Malaysia
Jika anda tidak mahu menggunakan kerusi khas kanak-kanak ini setiap hari, sekurang-kurangnya gunakanlah ia sepanjang Raya ini. Kami di paultan.org, tajaan Mercedes-Benz Malaysia, membuat keputusan untuk membuat sesuatu kelainan sempena Raya ini.
Kami telah membeli 165 unit kerusi khas kanak-kanak yang mematuhi piawaian ECE R44 (60 tanpa Isofix dan 50 kerusi Isofix tajaan Mercedes-Benz Malaysia) dan kami ingin menawarkan kepada 165 keluarga di Malaysia ini untuk meminjam secara PERCUMA kerusi khas kanak-kanak ini bagi digunakan sepanjang Hari Raya ini.
Kerusi kanak-kanak ini terdapat dalam dua jenis. Pertama,kerusi khas kanak-kanak SNSKIDZ Star ini sangat praktikal, di mana ia boleh untuk kedudukan menghadap di belakang (0-10 kg) atau -ke hadapan (15-25 kg). Kerusi ini boleh dipasang dengan menggunakan tali pinggang keselamatan sebagai ganti kepada Isofix.
Jenis kedua pula ialah Koopers Mambo, kerusi khas kanak-kanak jenis-Isofix, yang boleh digunakan untuk arah hadapan-belakang (0-10kg) atau arah-hadapan (10-18 kg). Ia turut didatangkan dengan alat bantuan penyokong untuk mengehadkan pergerakan kerusi terbabit.
Terima kasih yang tidak terhingga buat Safe ‘n Sound dan Koopers kerana menawarkan kerusi khas ini kepada kami dengan harga istimewa.
Jika anda tidak memerlukan bantuan program ini dan ingin membelinya sendiri, layari SNSKIDZ Star untuk pembelian.
Pemasangan SNSKIDZ Star Menghadap ke belakang
Jika anak anda seberat 10 kg dan ke bawah, anda disarankan untuk memasang kerusi khas ini secara menghadap ke belakang. Kerusi yang sama boleh dipasang dengan menghadap ke belakang, cuma gunakan arah pemasangan yang berbeza bagi tali pinggang keselamatan. Apabila anda ingin mengambil kerusi khas yang dipinjamkan ini di pertunjukan Mercedes-Benz Malaysia’s Mobile Kids 2015 di The School, Jaya One, kami akan memasangkannya untuk anda dan akan melatih anda memasangnya secara betul.
Sebenarnya, adalah lebih baik untuk memastikan penumpang dewasa di belakang bersama kanak-kanak terbabit memiliki ruang yang lebih luas. Malah apabila memasang kerusi ini dengan cara sebegitu, ia turut memberikan ruang yang lebih pada bahagian bahu. Kami menggunakan Perodua Myvi untuk demo ini. Malah anda juga boleh berkomunikasi dengan anak anda secara lebih baik.
Pemasangan SNSKIDZ Star Menghadap ke hadapan
Cara ini sesuai untuk kanak-kanak yang memiliki berat antara 18 hingga 25 kg. Kami juga akan memasangkan kerusi khas ini untuk anda dan akan melatih anda bagaimana caranya memasang kerusi khas ini di dalam kereta anda.
Pemasangan Koopers Mambo Arah-belakang
Seperti di atas, anda disarankan untuk menggunakan kerusi arah-belakang jika anak anda seberat 10 kg dan ke bawah. Koopers Mambo (foto atas, kiri) ialah kerusi jenis Isofix, dan lebih mudah untuk dipasang berbanding menggunakan tali pinggang keselamatan (kanan). Walau bagaimana pun, kami akan melatih anda untuk memasangnya secara betul bagi kenderaan yang dilengkapi dengan Isofix.
Ia didatangkan dengan alat penyokong khas, yang bersedia mengurangkan pergerakan kerusi tersebut jika terbabit dengan kemalangan. Kami akan menunjukkan cara yang tepat untuk memastikan ia dikunci pada tempat yang betul.
Pemasangan Koopers Mambo Arah-hadapan
Koopers Mambo boleh dipasang menghadap arah-hadapan, sesuai untuk kanak-kanak dengan berat antara 10 hingga 18 kg.
Gunakan kerusi khas kanak-kanak setiap hari!
Kami bersetuju, tetapi ini untuk mereka yang berkeyakinan. Ini kerana masih ramai di luar sana yang tidak menggunakan kerusi khas kanak-kanak kerana tidak mendapat pendedahan yang sewajarnya.
Selain itu, ada keluarga yang mungkin tidak mampu untuk membelinya. Jadi, dengan cara menyewa secara percuma ini dapat menangani faktor kemampuan dalam tempoh kritikal yang meningkatkan kadar kemalangan.
Selepas tempoh sewa telah berakhir, kita akan melihat jika keluarga terbabit membuat keputusan untuk menggunakannya secara berterusan, kami akan membantu untuk membelinya dengn cara yang lebih mudah daripada kerusi yang disewa itu.
Berminat? Kami harapkan YA!
Hanya isi borang yang dilampirkan di bawah dan kami akan menghubungi keluarga yang terpilih secepat mungkin.
Anda juga perlu memberikan deposit (RM150 bagi kerusi tanpa-Isofix, RM300 untuk kerusi Isofix) ketika mengambil kerusi khas ini dari kami di pertunjukan Mercedes-Benz Malaysia’s Mobile Kids 2015 di The School, Jaya One. Dan deposit tersebut akan dipulangkan sepenuhnya ketika anda memulakan kerusi khas ini kepada kami pada 31 Julai 2015. Kami hanya menawarkan nilai deposit yang cukup rendah (lebih rendah berbanding kos bagi kerusi khas berkenaan) jadi ia tidaklah menjejaskan perbelanjaan anda sekeluarga pada Raya ini.
Para pembaca, jika mungkin keluarga anda tidak memerlukannya, apa kata anda membantu kami mewar-warkan perkara ini kepada kenalan lain. Kongsikannya menerusi Facebook dan Twitter anda dan marilah kita bersama-sama menjadi pengguna jalan raya yang berhemah untuk anak-anak kita.
Jangkaaan sewaan secara PERCUMA ini berlangsung sehingga 31 Julai 2015.