Kereta misteri di sisi Tun M- Adakah ia Proton Perdana baharu?
Video yang dikongsikan oleh saudara Amru Najmi Osman menerusi laman Facebook ini menunjukkan Tun Dr Mahathir Mohamed menerbangkan drone dalam satu acara yang kemungkinan besar berlangsung di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.
Dalam video terbabit, turut kelihatan sebuah model kenderaan yang tidak dikenalpasti kerana telah diselimuti sepenuhnya. Namun kenderaan terbabit yang diparkir di kawasan tempat letak kereta VIP itu, adakah kemungkinan besar ia Proton Perdana baharu? Sekadar spekulasi, namun ada kemungkinan benar atau pun sebaliknya.
Walau bagaimana pun, Proton Perdana sedia ada yang digunakan oleh kerajaan kini merupakan model Honda Accord generasi terdahulu yang diletakkan logo Proton. Namun, fasa kedua pembangunan Proton Perdana yang dijadualkan bermula pada 2016, memerlukan lebih banyak usaha.
Malah Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohd Khamil bin Jamil berkata, Perdana yang baharu ini bakal menampilkan rekaan dalaman dan ruangan yang baharu namun mungkin menggunakan penjana kuasa Honda. Atau mungkin juga akan menggunakan enjin baharu Proton-Petronas? Nantikan perkembangan selanjutnya.