Subaru Impreza Sport Hybrid 2015 diperkenalkan di Jepun
Subaru Impreza Sport Hybrid 2015 telah pun diperkenalkan di pasaran Jepun. Model Subaru yang kedua dengan kuasa hibrid (selepas XV Hybrid) ini bakal mula dijual pada 10 Julai ini. Walau bagaimana pun, Subaru belum mengesahkan adakah Impreza Sport Hybrid 2015 akan dijual di pasaran lain atau pun tidak.
Walau pun imej Impreza Sport Hybrid lebih kurang sama dengan model Subaru yang lain, namun bahagian hadapannya diberikan rekaan yang lebih sporty dan menyerlahkan lagi penampilannya. Ia juga dipadankan dengan rim aloi bersaiz 17-inci yang dibaluti tayar 215/50.
Pada bahagian belakangnya, spoiler yang turut dipadankan dengan lampi kombinasi LED dengan rekaan grafik yang dipertingkatkan menjadi daya penarik model ini.
Manakala bagi bahagian kabinnya, kekemasan berwarna biru bersama hitam berkilat dan perak menjadi pilihan dan menampilkan cita rasa yang eksklusif buat model ini. Bagi varian spesifikasi tertinggi, ‘S’, tempat duduk dengan material Ultrasuede dwi-warna menjadi pilihan.
Impreza Sport Hybrid 2015 dijanakan oleh enjin Boxer 2.0 liter dengan gabungan motor elektrik. Ia juga dipadankan dengan transmisi CVT Lineartronik dengan motor pacuan hibrid. Malah tidak ketinggalan, ia juga dipadankan dengan sistem pacuan semua-roda atau Symmetrical All-Wheel Drive.
Penjana kuasa ini juga dikatakan mampu mengoptimakan kawalan pecutan yang lebih lancar dan juga penggunaan bahan api yang lebih efisien. Di mana penggunaan bahan api bagi model ini dikatakan hanya 20.4 km per liter.
Bagi varian biasa mahu pun “S”, ia turut dilengkapi dengan elemen bantuan pemanduan EyeSight generasi kedua. Di mana sistem tersebut dapat ‘membaca’ keadaan jalan di hadapan, dan ia turut dibantu dengan fungsi Kawalan kelajuan Eko.
Impreza Sport Hybrid ini akan dijual di Jepun pada harba bermula ¥2,505,600 (RM75,613) bagi varian biasa dan ¥2,635,200 (RM79,524) untuk “S”.
Related
Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.