KL MRT : Susur ke Jalan Johar ditutup mulai 23 Jun
MMC-Gamuda KVMRT (PDP) Sdn Bhd telah mengeluarkan kenyataan, jalan susur ke Jalan Johar dari Lebuhraya SPRINT menghala Kuala Lumpur berhampiran Pusat Bandar Damansara ditutup dari 23 Jun hingga 1 Ogos.
Di mana penutupan jalan itu bagi memudahkan kerja pemasangan ‘bore pile’ Pintu Masuk B dan pemasangan kekuda bumbung Stesen MRT Pusat Bandar Damansara.
Sepanjang tempoh penutupan itu, pengguna jalan raya dari Kuala Lumpur menuju Jalan Johar akan dilencongkan terus ke Lebuhraya SPRINT dan keluar di Intan/Mon’t Kiara. Namun pengguna jalan tersebut haruslah berada di lorong paling kiri untuk membuat pusingan U di lampu isyarat untuk kembali semula ke Lebuhraya SPRINT dan meneruskan ke Jalan Johar.
Walau bagaimana pun, jalan raya dari Kuala Lumpur menuju ke Petaling Jaya tidak akan terjejas dengan penutupan jalan itu.