Ops Samseng Jalan Raya sudah bermula – 12 saman dalam dua hari
By 0 Comments
|
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah pun melancarkan Ops Samseng Jalan Raya pada hujung minggu lalu dan melakukan operasi di Lebuhraya Grand Saga. Dalam operasi yang berlangsung dalam dua hari pertama itu, sebanyak 12 saman telah dikenakan pada pesalah trafik, mengikut laporan The Sun.
Menurut Ketua Penguatkuasa Khas Trafik KL, ASP Azmi Wahid, saman yang dikenakan adalah bagi yang tiada lesen memandu dan cukai jalan serta nombor plat yang tidak memenuhi spesifikasi.
Di samping itu, pihak berkuasa juga telah merampas empat buah kenderaan dan juga memberi tumpuan pada penunggang motosikal yang melakukan kesalahan semasa operasi. Operasi ini melibatkan 47 anggota trafik dari Kajang, Selangor dan Kuala Lumpur.
Sumber foto : Facebook PDRM