Toyota 86 generasi baharu mungkin menggunakan platform Mazda MX-5
Perkongsian teknologi antara Toyota dan Mazda dikatakan bakal diimplementasikan pada generasi kedua Toyota 86 iaitu menggunakan platform Mazda MX-5, menurut sumber Motoring AU.
Di mana Toyota dikatakan telah menguji platform MX-5 dan jika diluluskan, ia bakal digunakan bagi pembikinan generasi baharu 86.
Menurut sumber itu lagi, jika Toyota ‘meminjam’ platform Mazda, kemungkinan bentangan RWD bagi 86 baharu akan menjadi lebih kecil dan ringan. Ia juga mungkin akan dikuasakan oleh enjin pengecas turbo kompak.
Walau bagaimana pun, belum ada kesahihan adakah Toyota akan turut menggunakan teknologi suntikan terus SkyActiv ciptaan Mazda dalam projek kerjasama ini.
Sebelum ia belum terlaksana secara sahih, jentera 86 ini akan menerima model penambah baikan (facelift) yang dijangka tiba pada April 2016. Ia bakal menampilkan bahagian hadapan dan belakang yang digaya semula dengan paip ekzos yang diposisikan.
Enjinnya pula akan ditambah kuasa sehingga 211 PS dan casis pula akan menjadi lebih keras untuk memberikan pengendalian yang lebih mantap dan stabil.