ETCM panggil balik Nissan X-Trail, Teana & Liberty ekoran masalah beg udara Takata
Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) mengumumkan hari ini bahawa bersama Tan Chong Express Auto Service Centre (TCEAS), telah melancarkan kempen servis khas bagi memaklumkan kepada pelanggan dan menggantikan modul pengepam (inflator) pada beg udara penumpang hadapan bagi kenderaan yang terbabit.
Sebanyak 12,444 unit kenderaan Nissan di Malaysia terbabit di dalam kempen servis khas ini. Model-model yang terbabit adalah seperti berikut :
Bagaimanapun, kempen ini tidak melibatkan model Nissan X-Trail baharu (T32) yang dilancarkan ke pasaran tempatan pada Januari tahun ini serta model-model Nissan yang terkini di pasaran.
Semua kos buruh dan penggantian alat ganti untuk servis ini adalah percuma.
ETCM menyatakan keyakinan dan ketenangan minda para pelanggan adalah amat penting buat syarikat. Sehubungan itu, ETCM juga memohon maaf atas sebarang kesulitan yang terpaksa dilalui oleh para pelanggannya. Serta menegaskan bahawa ETCM dan Nissan komited untuk menawarkan servis, keselamatan dan tahap kepuasan yang paling tinggi kepada pelanggan.
ETCM akan menghubungi para pemilik kenderaan yang terbabit. Pelanggan juga boleh menghubungi Hotline Khidmat Pelanggan di talian Tol Percuma: 1800-88-3838 atau layari laman web www.nissan.com.my untuk penjelasan lanjut serta mengetahui sama ada kenderaan mereka terbabit atau sebaliknya.