Honda City 2014 bakal dilancarkan di Malaysia Mac ini?
Nampak gayanya perkhabaran mengenai pelancaran Honda City 2014 untuk pasaran Malaysia pada Mac ini semakin bertebaran. Selepas dilancarkan di peringkat global di India pada November 2013 dan minggu lalu sahaja, ia sudah pun mula berada di pasaran Thailand, dan hari ini Brotherhood Infokereta iaitu laman sesawang klasified Oto.my telah pula mempamerkan deretan promosi mengenai model sedan ini.
Dijangka bakal dijual pada harga RM85,900, H0nda City 2014 ini dijanakan oleh enjin 1.5 liter i-VTEC yang mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 117hp pada 6,000rpm dan puncak tork 146Nm pada 4,700rpm.
Honda City 2014 bagi pasaran Malaysia ini akan dipasang di kilang produksi No.2 Honda yang terletak di Melaka iaitu menyertai model Jazz petrol generasi kedua dan Jazz Hibrid yang turut diproduksi di situ.
2 Comments