Hyundai Creta diperkenalkan di India
Hyundai India telah pun memperkenalkan model SUV Creta yang bakal memasuki pasaran negara berkenaan mulai 21 Julai ini.
Creta baharu yang menggunakan struktur badan berdasarkan model HIVE ini menawarkan “struktur badan yang ringan tetapi teguh” dengan “kekuatan dinamik serta aspek keselamatan yang telah dipertingkatkan”.
Mempunyai reka bentuk yang hampir serupa dengan model iX25 yang hanya untuk pasaran China, Creta ini menampilkan gril radiator krom haksagon dan lampu utama projektor yang membujur ke belakang serta disambungkan bersama lampu nyalaan siang. Ia turut dilengkapi dengan rim aloi bersaiz 17-inci, sistem audio dengan enam pembesar suara, butang penghidup enjin, enam beg udara dan banyak lagi.
Dijanakan oleh satu enjin petrol iaitu 1.6 liter Dual VTVT yang mampu memberikan kuasa 123 PS dan dipadankan dengan kotak gear manual enam-kelajuan. Serta dua enjin diesel iaitu 1.6 liter CRDI VGT (128 PS) dengan pilihan transmisi automatik enam-kelajuan atau manual enam-kelajuan.
SUV ini diproduksi di Chennai, India dan buat masa ini ia hanya untuk pasaran negera berkenaan sahaja.